Followers

Monday, May 24, 2010

Mati iTu Pasti


Mati itu pasti..kita sebagai manusia hendaklah sentiasa mengigatinya dan bersedia..sebolehnya kita sebagai manusia hendaklah mempergunakan setiap detik yg ada sebaiknya..di bawah adalah petikan email dr seorng sahabat..unt pengatahuan kita bersama

MESTI BELAJAR/KERANA KITA AKAN MENGHADAPI KEMATIAN..

Assalammualaikum,
Pada hari Sabtu lepas Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang Ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin- yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila ha illallah"lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut.Dan smoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm
membuat amal kebajikan dengan cara yang betul
bukan semata2 melalui ikutan adat.

1 comment:

pakcikLie said...

salam kenal, T.kasih kerana singgah ke blog P'cikLie..cerita pasal menghadapi kematian, memang selalu kita sedaya upaya akan berbuat sebaik munkin utk membantu lebih2 lg kalau saudara kita yang sakit, cthnya baca surah Yasin tp harus diingat baca dgn nada sederhana dan betul supaya tidak mengganggu ataupun bersifat riak. wallahualam.

There was an error in this gadget