Followers

Monday, May 31, 2010

Acheh BoLey Tp Knp MeLiSia Tak? Tak BraNi Ek???

Ha kenapa kerajaan kita tak buat camni gak??? bila baca beriter pasal aceh sedekahkan kain labuh unt orng 2 yg berpakaian tak ikut etika yg ditetapkan (klik sini)..aku rasa "WOW bagusnya cara nih" , sekurang2nya kerajaan acheh tak menangung dosa atas kemungkaran rakyatnya sbb aceh dah cuba berbuat sesuatu unt membimbing rakyat nya.
klu gomen kita nak buat camni aku pun ank menderma la jugak unt bg kain bg dorng buat skirt labuh ni..dapat gak pahala kan..lagi pun dah muak aku tgk cara orng sekarng ni berpakaian..nak2 artis2 kita nih..pakai tak hinggat dhunia dah (klik sini) ...seksi maut.
.agaknya perogol2 bersiri kat luo tu duk meleleh air lio tgk gambar2 artis kita kat majalah n sorat kabar..tp dah pakai seksi ley lak berminta maaf pasal tepakai camgitu..senang sgt artis skrng ni buat salah mintak maaf kat soratkabar n tutup citer..tak puas hati tul la aku...ye la dorng tu kan menjadi pojaan ramai anak2 muda so cara dorng nanti ditiru laks dek budak2 ni...tak ke jahanam bangsa kita nanti..
jom kita pakat ramai2 bayang kan klu gomen kita buat law mcm kat acheh tu..camner agaknya artis kita rupanya bila kena balut ngan kain skirt labuh ek..buat lak kain skirt tu dibuat dr kain kapan....hahhahahah klu tak insaf gak tak tau la camner...manusia oh manusia, kaum yg lemah dgn godaan, semoga aku n keturunan ku terhindar dr perkara begini..amin

Chopppp!!!! IKLAN 3


pernah aku terdengar Dr Fazilah kamsah bg ceramah..camginik bunyi nya HENDAKLAH KITA LEBEYKAN MEMBERI DARI MEMINTA...unt petua umah tangga bahgia..so pelagi sahabat2 ku sekalian jom practickan dlm kehidupan seharian kita...bila kita suami isteri masing2 berlumba unt memberi sahaja mesti best kan..beri kasih sayang, beri cium, beri peluk, beri pertolongan, beri nasihat..etc..etc..etc...insyaallah bahgia keakhirnya lah hendaknya (pesanan unt suami satu benda je tak bley bagi..jgn bg MADU lak kat isteri sbb yg ni pasti isteri pun tak meminta...)

Thursday, May 27, 2010

iNi Ke Aku BiLa TuEr?

Td aku jlan2 kat blog si tinnie ternampak la rupanya 20 tahun akan datang...so aku pun g le jenjalan plak kat web site nih (klik jgn tak klik)..tingin gak nak tgk ruper aku 20 taun lagi...tekan situ klik sini tekan lagi sana klik lagi situ sini sana sinun, maka the result is jeng,jeng,jeng
*
*
*

masa ni umur aku adalah 51 tahun..tp kan aku rasa mak aku sekarng ni yg dah 54 tawun pun lagi muda dari aku, so camner wahai cik abg ku...cantik lagi tak isteri abg ni diusia 51 tahun...nampaknya kena beli barang2 make up la pas ni kasi bedak banyak sikit, kasi bibir merah sikit lagik...hehehhehe tak pun abg bagi la duit untuk sayang p buat botox ke suntikan vitamin c ke..apa2 yg patut la...tp sebelum abg mengomen pasal rupa sayang dihari tua nih cuba abg tak bawah dlu
*
*
*
tadddddddddaaaaaaaaa


cam ni la abg dihari tua nanti..tp rasanya bila tgk gambar tu abg mcm lagi encem la..ish ish ish bahya ni boley tergugat kedudukan aku ni...jgn mcm mcm tau....

ha korng pelagi cepat2 la try n tgk camner rupa korng bila dah tua nanti..selamat men try. adios amigos.

SedaRkaH AnDa..Apa yg Kita Tak Sedar dLM sedar

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu. “Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?” “Ya, nak tanya apa?” “Berapa pendapatan ayah sejam?” “Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?” “Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?” “20 ringgit sejam.” “Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya; “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?” Si ayah menjadi berang dan berkata; “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni.” Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah. Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan. “Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah. “Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya. Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu. Selepas mendengar penjelasan anaknya, si Ayah terus mendakap anaknya dengan penuh kasih-sayang dan bersalah kerana membiarkan anaknya diabaikan.

Moral

Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan
tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka. aku pun selalu alami perkara mcm ni bila balik anak aku mula merenggek nak itu nak ini..adakala aku marah budak2 ni sbb aku letih2 balik dorng buat macam2 hal..lepas tu bila duk sendiri aku mula terpikir balik yg apa aku buat ni tak betul..anak2 aku merenggek sbb nak perhatian dari aku selepas lebey kurang 8 jam aku tinggal..mula la aku rasa bersalah dan cuba unt luangkan masa bersama dorng...saat2 mcm ni membuatkan aku rasa nak benti kerja n jaga anak aku sendirik...to anak2 mama..i'm sorry..kadang kala mama abaikan korg, marah korng, tak sempat masak unt korng..mama cuba jadi yg terbaik untuk korng..i'll promise to be the best mama in the world

Chopppp!!!! IKLAN 2

Pesanan unt para suami..bapak2..

ketahuilah korng yg isteri2 korng pasti suka bila korng peluk diorng dr belakang secara tiba2..contohnya tgh masak2 or basuh pinggan..mesti isteri korng senyum sampai abis kerja sbb kejutan korng tu...takkan la masa baru kawin je nak buat camgini..lepas dah kawin lama2 pun patut diamalkan jugak untuk kesejahteraan dan mengeratkan lagi kasih sayang yg dah erat nih..jgn pulak sebab isteri dah beranak perut dah mengelebeh besar dr pinggang korng buat tak tau jer...tak salah la sekadar satu pelukan dari belakang unt isteri tersayang...amal amalkan lah rumahtangga sejahtera keluarga bahgia....

Wednesday, May 26, 2010

My HerOeS WitH aLLicE In De WonDerlanD


Ari tu cik abg ajak tgk movie ni kat wayang tp aku jual mahal...malas nak p sbb rasa mcm tak best jer dah banyak versi aku tgk..so aku rasa mesti sama je citer nih...
tup2 cik abg beli VCD citer ni sbb tgk kat tv kedai cd cetak rompak tu cam best je citer ni sampai hero2 aku tergangga depan kedai tu..maka beli la Cd citer ni
anak aku sari mau 8 kali dia ulang citer ni dan aku pun terjebak jugak..seronok n tak puas tgk citer ni...hehehhehe dah jd cam budak kecik lak aku nih...tp mmg seronok la citer ni..watak paling aku suka dlm citer ni ialah
twin fat boys
*
*

nakal betul budak berdua ni asik nak gaduh je..tp gaduh2 kelakar...trus aku panggil anak aku twin fat boys...sbb anak2 aku pun suka bergaduh tak kira masa cuma besa nya anak aku tak la sesihat watak tu...geram la tgk twins ni comel...
*
*

aku jugak suka kat white quean..dia punya personality yg lemah gemalai n etika dia dlm pergerakan yg buat aku suka tgk..agak nya klu aku pun buat gemalai camgitu depan cik abg mau pengsan laki aku...hehhehehe mmg pandai Anne Hathaway ni berlakon..suka la tgk lg best dr dia lakon citer princess diary...


ni pulak watak hitam dlm citer ni...si kepala besar Red Queen...tp aku suka ngan dia ni jap2 suh potong kepala..pas tu suka disriminasi binatang...mmg tak ter pk dek akal la si ba alif ba ya bley jd pelapik kaki, si monkey jd kerusi la kaki meja la...hahahhaha kelakar tui la

lain2 watak si jonny deep ni sbg hatter...dan kucing yg senyum ni pun best..
apa la aku ni citer dah basi baru nak bercerita...hehehhehe ketinggalan zaman betui kan..tp yg pas ti anak2 aku suka n aku pun suka so suka ati aku la nak post en3 pasal citer yg basi ni pun....

Tuesday, May 25, 2010

Chopppp!!!! IKLAN

Rahsia bahgia..

Sembahyang jemaah bersama pasangan anda (suami isteri), dlm 5 waktu sekurang2nya 1 waktu cuba kita buat...ye la subuh kita nak cepat nak siap2 apa patut, nak g kije nak siapkan anak sekolah so maybe waktu ni susah skit nak jemaah, zohor masing2 ditempat kerja begitu juga asar, maka cuba la maghrib jemaah bersama suami..lepas solat salam n mintak ampun dr suami unt dosa2 yg kita tak sedar pada hari tersebut lepas salam saling berpelukan dan suami mencium dahi si isteri.isteri pun nak cium pp suami pun boley...mmg batal air semayang unt isyak tp tak aper nikmatnya mmg terasa bahgia sgt..bagi yg mengamalkan amalan ni korng tau la camner rasa bahgianya bagi yg tak pernah cuba la buat...insyallah

BiLa Aku Jd ELiEn

Nama je kijer kilang tp hakikatnya aku tak pernah masuk tempat2 production, kenapa?
1.kerja aku mmg kat opis so tak de kena mengena la nak masuk bahagian production ni
2.nak masuk tempat2 ni ada protokolnya
3.tak der orng nak bwk aku g jenjalan kat sana

hari ni aku ada inventory punya audit,,so nak tak nak aku kena masuk bahagian production...mesti korng yg lain field ngan aku ni (yg kije bukan kilang la) nak tau jugak ek camner suasana dalam tu..

jeng..jeng..jenggg....
*
*
aku kena audit bahagian clean room so protokol dia kena pakai semua benda2 berikut

kasut nak kena pakai camgini

nak kena pakai safety glass camgini


kena pakai glove (rasa cam doktor nak operate orng la plak)

kena pakai hair net cam orng kije kilang beskut...
last sekali pakai jump suit unt cover body...dan resultnya camgini la upernya aku td
*
*


hehheheh gambar ni bukan gambar aku yg betui sbb aku tak de amik gambar td..cuma nak bg korng tgk n imagine je aku dlm pakaian tersebut...
bila dah masuk sana n dah siap audit aku terpikir...kesian tgk kat operator2 yg kerja kat sini..sbb dah la pakai cam nak kebulan pas tu 12 jam kat dlam tu dgn pakaian yg tak berapa nak selesa n berdiri lagi tu..bayangkan klu tiba2 nak terkencing ke nak terberak ke camner? nak buka semua tu dah amik masa..dah la tu mn2 minah yg pakai make up jadi cam sia2 jer sbb tak de orng nampak pon...hehhehe
moral behind the story mory is..kepada adik2 ku yg masih belajar kar sekolah sila la belajar bersungguh2 klu tak kena jd operator kilang n nasib tak baik kena pakai baju cam gini...hehhehe
bukan nak merendahkan operator2 kilang nih tp aku kesian kat dorng...masa kerja yg panjang, berdiri laks tu..klu yg mengandung camner? kesian la...

Monday, May 24, 2010

Mati iTu Pasti


Mati itu pasti..kita sebagai manusia hendaklah sentiasa mengigatinya dan bersedia..sebolehnya kita sebagai manusia hendaklah mempergunakan setiap detik yg ada sebaiknya..di bawah adalah petikan email dr seorng sahabat..unt pengatahuan kita bersama

MESTI BELAJAR/KERANA KITA AKAN MENGHADAPI KEMATIAN..

Assalammualaikum,
Pada hari Sabtu lepas Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang Ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin- yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila ha illallah"lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut.Dan smoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm
membuat amal kebajikan dengan cara yang betul
bukan semata2 melalui ikutan adat.

HaRi CeKGu KaT TadiKa AdaM

GAMBAR TAK BLEY PUBLISH SBB DR PG 2 GAMBAR JER YG KUO, MALAS NAK PK SO AKU PUBLISH JE LA DLU..(BACA STATEMENT ni DGN GERAM PLEZZZZ)

Untung budak2 zaman skrng ni...ada je sambutan itu ini ..baru tadika dah ada mcm2 aktiviti..jumaat lepas 21 MAy 2010 YPJ BKKP (tadika yayasan pelajaran johor Bndr baru kangkar pulai) adakan aktiviti sambutan hari guru..tingin gak nak tau pe yg dorng buat so aku bagi kamera kat cikgu Adam suh ambik gambaq.

seronok tgk budak2 ni dlm gambaq tu gaya "peace n ultraman" x ley tak buat..tp mmg sonok tgk

aku tak tau nak bagi per kat cikgu Adam so aku beli kek jerks sebijik antor kat sekolah dia..so Adam ni dr mlm lg tak sabar nak mkn kek tu siap aku kena sembunyikkan, klu tak mau adam n ice belasah siap2 kek tu..
*
*
ni la rupanya pendidik jiwa bangsa kita...cewahhhhhh...thanks a lot cikgu2 sbb banyak ajar adam ...aku tak pernah sangka adam dah bley baca ABC, bilang 123 dan baca iqra , doa2 seharian serta menulis dan mewarna dgn cantiknya secepat ni..aku budget dia masuk sekolah pd umur 4 taun ni cuma unt biasakan dia bergaul ngan budak2 lain..tp dia dpt lebey dr yg aku jangka..bangga betui la
*
*


siap ada permainan rebut kusi lagik..nasib baik adam balik n tak practik kan kat umah ngan si ice klu tak mau ancur umah aku...biasa la bebudak dapt je ilmu br mesti nak praktik...skrng ni sibut praktik ilmu mat jempit (rempit (v3 punya pasal la ni)...pening aku nengok

cONtESt TiDuR PaLinG Comel

Ni la 1 st contest yg aku nak joint,,try nasib la kata orng..tgk my SIL masuk dpt adiah mcm2 rasa cam jeles laks...so aku pertaruhkan gambo kat atas (sila lihat atas sana..jan nak tgk kiri kanan laks)

Sempena Pembukaan "Online Shop" InfantiaHouse yang dilancarkan pada 14.02.2010, Jadi saya nak bagi Free kat siapa2 yang berminat nak mencuba nasib untuk mendapatkan Bantal yang empuk, Gemuk lagi Montok dari InfantiaHouse ni....bebaloi gak kalau dapat tilam utk baby kesayangan anda..Syarat nye senang jer...
  1. Jadi follower blog InfantiaHouse ...DAH PUAN...dgn cepat n pantas aku dah jadik polower (sedap lagu kat blog puan..kasi bodek skit)
  2. Letakkan banner di atas di ruang sidebar blog anda...DAH PUAN....sekali klik banner tu dah ada kat sidebar blog ku
  3. ConTest "Tidur Paling Comel" by InfantiaHuse nah ni la nama contest yg aku dah linkkan dgn blognya,,,,sapa2 nak joint contest ni ley la klik sini....
  4. Letakkan Gambar anak yang yang berumur 0 - 4 tahun.kat atas tu gambonya..sila angkat kepala anda...skroll mouse keatas....
  5. Gambar tu mesti gambar bayi yg tengah tidur nyenyak bersama bantal.
    ( tak kisah la nak aksi mcm mana..yg penting dia sedang enak tidur dan aksinya mencuit hati...) hero2 aku ni tgh lena tido walau dah pukul 8 pagi, dorng ni lasak tidornya so bantal pun dah tak kat kepala but spiderman tu tetap ada kat tepi....
  6. Baby tu tak semestinya anak anda..letak anak sape2 pun boleh, yang penting baby tu mesti ada pertalian darah dengan anda.yes sure ini anak aku..pujaan ati kesayangan hamba....
  7. Letakkan juga nama, umur, tarikh lahir dan warna kesukaan dia (untuk hadiah nanti)yg besar tu Amrul Adam 4 Tahun suka kaler merah, yg kecik Amrul Raees 2 tahun..suka sgt kaler orange
  8. Dan jgn lupa, tinggalkan link utk penyertaan anda dalam comment box dlm entry ni...dah tinggal punnnnnnnnnn...
  9. Disebabkan beberapa permintaan dan ramai yg baru tahu contest ni..pihak syarikat telah bersetuju untuk melanjutkan lagi contest ni sehingga 31 Mei 2010 jam 11.59mlm~~ cepat2 jgn lambat yer....
Hadiah untuk contest ni..

ERGHHHHHHHHHHHH...Goram Den

GERRAMMMMMMMMMMMMNYA dr jumaat lepas aku tak ley upload gambo...so camner aku nak publish en3
takkan aku nak letak tulisan je pas tu suh korang bayang sendirik gambo nya..ish tak semengah betui la...kenapa? mengapa? dah la WIFI kat tempat aku malfunction...bar ada 3,4 bar tp internet tak bley excess...
CAMNER NAK JD BLOGGER TEGAR CAMGINI???
sabar,sabar,sabar....ish klu tak pikirkan sabar dah lama aku ketuk2 pc nih....(padahal PC tak salahpun)

Friday, May 21, 2010

Nilai DiRi Ini..RM..RM..RM


mak oiii tak sangka aku..baru dlm bih kurng 2 bulan bergiat aktive n right now my blog values dah RM 34,169.34...

Manakala my blog ranking is 3 juta 774 ribu 7 ratus 80, kat malaysia lak yg ke 23,026 ish ish ish...teng q to all my sahabat yg masuk blog aku baca2, tgk2, klik2...masa aku mula2 berjinak dlu rangking aku adalah 25 juter lebih..hehheheh ni dah jadi 3 juta ++...
rasa cam best lak ek..setiap kali tgk ranking mesti aku pk lagi pe nak masukkan dlm blog ni n apa nak buat unt tarik orng masuk sini..so aku nak berada dlm rangking ke 500 ribu ++ dlm masa sebulan nih...kena usaha lagik..pikir,pikir,pikir..agak2 korng ada buah pikiran ley la bg tau aku...

Thursday, May 20, 2010

PrOmOT ...SiAn Kat KaMi...


Sebagai seorng peniaga di SOBB (uptown semua orng boley berniaga di skudai, pekan prancais pulai perdana, johor) aku pada hari ini nak buat satu EN3 pasal tempat ni...hehheheh baru tak baru tempat ni telah wujud hampir setaun...kami start meniaga di sini start dr bulan puasa taun lepas,,,ingat lagik tarikh tu 22/8/2010..
hari tu la jugak para peniaga berjanji nak turun buka kedai masing2 tp pada petang aku sampai tu cuma kau n dua orng lagi brader encem yg datang bukak kedai..tp kami tetap jalan la jugak..nak balik barang dah bawak...
tu ceriter dulu2..sejarah la kata cikgu matapelajaran sejarah..tp sekarang dah bertambah meriaH la tempat tu dengan 23 kedai telah dibuka sepenuhnya, dan lebey kurng 10 gerai makan juga telah beoperasi..
kita ada
*
*
>kedai barangan pelbagai-lighter, touchlight,brng2 hardware, baldi, penyapu etc..etc..
>CROCK kasut, sandal n selipar serta selipar2 stail terkini
>t-shirt, jersey, seluar pendek, seluar trek
>LeVIS jeans and baju budak2 (yg ni aku punya kedai...baju budak aku jual semua harga RM 15 hinggit jer...murah..murah) stokin pun ada...
>accesories dr mutiara sabah n krystal swarosky yg cantik2 n harganya sungguh berpatutan..malah ley tempah ikut apa yg kita nak.
>Sport shoes perbagai jenama, beg pelbagai jenama
>AVON......boley beli trus kat situ tak yah tunggu nak kena order
>Baju2 blous pompuan yg diimport dr indon (cantik2 n menutup aurat)
>Accesories budak pompuan...jam tangan...topi..beg2
>tudung2 terkini
>baju kanak2 branded but factory rejected..
>permainan kanak2...syurga bagi dorng la ni...
>cincin, permata cincin..keris..barng2 lama..(ala2 kedai antik la plak aku tgk)
>kedai makan...steambot, masakan panas, sate,ayam penyet,nasi ambeng, otak-otak, mat salai, pelbagai minuman...etc..etc

kenapa aku buat en3 ni?????

sbb promosi pasal tempat ni tak berapa ada..sbb tu aku mewakili kawan2 lain kena berbuat sesuatu atau tmpt tu tak de orng nak dtng n kami boley gulung tikar...hehhehhe..dulu pihak management ada lantik event management tp hancus...pas tu jln sendiri tp tak bley berapa laju sbb budget tak berapa nak banyak...so harapnya melalui En3 ni orng ley la tau pasal tempat ni..terutama yg berada dijohor...mari2...kasi tempat ni BOOOOMMMMM

BiBiK Oh BiBik

Gi kirja pg td dengar la topic kat HOT Fm pasal bibik...hehheheh mcm2 hal ek..tp aku heran gomen kita mcm lembut sgt ngan permintaan gomen indon tu dorng nak tu bagi nak ni bagi...nanti klu yg gaji RM 800 tu lulus jawapnya isteri2 yg bekerja pakat la kita ramai2 benti kije jd suri umah blk n suh laki2 kita bayar rm800 kat kita..ok per kan..tak yah harap orng gaji dah, anak selamat, laki selamt, harta selamat

cerita pasal bibik ni aku pun ada jugak pengalaman pasal dorng nih..tp tak sempat nak tepon HOT fm nak citer (no pon aku tak tau camner nak tepon) dulu2 first time amik bibik aku dapt yg montel ala2 ikan dugung..dah la tu dah 5 taun duk kat malaysia ni..tp slang enggak buleh tu ada lagik..puas aku suh dia ckp "tak boleh" sbb takut anak aku terikut tapi enggak boleh jugakkkkkkkkkk...tu ok la lagi yg tak tahan bab tipu2 nih..(aku mmg anti ngan penipu) sekali aku beli sosej satu pek 2 ari abis bila aku tanya "bik sapa mkn ni" dijawapnya "ice yg mkn" (ice anak aku masa tu umur setaun lebey jer) hahahhahahha nak tipu logik la skit sosej 1/2 dozen tu si ice yg makan abis dlm masa 2 ari..dah dasar dugung mmg la dugung...klu telur lak aku asik beli telur je kirja nya macam dah bela jin kat umah tu..sepapan telor aku beli tak sampai seminggu dah licin, sepapan tu kan ada dllm 30 biji..mak aikhhh jin afrit mn la mkn telur kat umah aku ni ek..kuku bibik ni plak panjang sgt dia tak potong bila suh potong 'ok, ok' nanti potong..aku tak nak la nanti dia suap anak aku dgn taik2 n sisa dlm kuku dia tu masuk sekali dlm perut anak aku nanti tersalah mak plak..haru haru..time semayang bila tanya dah semayang lum ,,mesti jawapnya "saya datang bulan buk" ish muskil2 aku sebulan datng bulan..tak kurus lak dia ek darah ilang sebulan...pernah aku tgk botol anak aku kaler merah ..rupanya dia tak basuh botol tu tp trus letak air panas (botol tu buat minum ribena) dah kantoi ada sisa ribena dlm tu tp ttp x nak mengaku..sepit rambut aku, sikat aku selamba dia ley pakai..siap sikat amik letak dlm bilik dia..bila tanya nampak tak sikat "tak nampak buk" padahal aku dah tau sikat tu ada dlm bilik dia..pernah cik abg skodeng dia dr belah dapur..(balik kirja benti lakang umah n skodeng dr dapur) bestnya dia duk berbaring cam dugung kat atas sofa sambil layan Astro aruna..mak aikhhhhhhhh...syiling2 aku yg merata tu pun ada gak yg ilang...pas tu minah ni suka ubah barang 2 dlm umah aku ikut citarasa took nenek dia jer..hangin betul aku.....
lepas bg bbrpa kali amaran dia camgitu gak maka aku n cik abg senyap2 g kat ajen mintak tukar..hehehhehehhe alhamdullilah yg ganti dugung ni bertanggung jawap n jujur orng nya..semayang tak miss n umah aku sejuk dgn bacaan ayat2 suci alquran setiap kali dia pas semayang..harapnya yg ni tak akan buat hal la..klu tak aku benti kirja je la jg sendirik anak2 aku...itu la yg aku impikan tgk dorng membesar depan mata..antar dorng g sekolah..wah bestnyaaaaaa...nak jd suriumah la plak rasanya...

Wednesday, May 19, 2010

POt PEt Pot PEt Cik Puan Dyea MengoMel


Minggu ni blog aku agak suram tak banyak post en3 sbb aku ber bizi skit dgn kije2 yg tak abis nih...tapi takpe korng tunggu la lagik seminggu aku akan menjelma balik sebagai seorng blogger yg tegar, hahahhahaha..tido blog, mkn blog, minum blog....alangkah bestnya klu aku free tak kirje duk kat umah je layan blog...besti bersepah2 EN3 aku samapi korng muntah nak baca...hikhikhik
mood tak de skit minggu ni sbb WIFI kat tempat aku tu malfunction..tak tau la management tak bayar bil or mmg btul ada masalah..tuhan saja yg tau..klu tak memalam laju la skit aku nak bebel ke bg ceramah ke apa ke...siang kat opis tak bley laju2 kan laju2 je surat amaran sampai...
pagi tadi terlambat bgn kul 8 gara2 ujan yg mengulit tido aku..alang2 dah lambat maka aku p sekolah si adam dlu sbb nak kena isi borng ari senin ni ada lawatan kat tanjung pelepas..naik kapal lagik beb..mak oiii jamang sekarng ni budak 4 taun dah merasa g lawatan...aku dlu darjah 6 baru lepas g lawatan...tp tak pe la unt bg pengalaman unt adam maka aku lepaskan dia pergi....hukhukhuk...kenapa cikgu dia tak nak ajak mama dia sekali ek...(mama si adam yg penyibuk) . jumaat ni lak ada sambutan ari guru kat sekolah adam..aku dah pning pk nak bg adiah pe kat cikgu dia..tp cik abg kata bg kek je sebijik..tp aku still pning duk pk kek tu nak beli ke nak buat...pesal la banyak benda nak kena pk..ish ish ish
mingu ni jugak aku tak tau kenapa balik je umah mesti aku tertidor...pas magrib baru la terjaga dah tu mula la mood lari..almaklum la tido magrib..sbb tu orng tua marah tido magrib..malam td pun masak megi je sbb penyakit M datang..mata agak cerah skit pun masa kul 10.30 mlm sbb mlm td kan mlm desprate housewives....
unt ari ni aku janji pada diri aku blk kije klu tak ujan nak layan hero2 main beskal tak pun nak re deko garden umah aku yg dah nampak cam hutan simpan..banyak lagi la benda tertunggak yg aku nak buat...nak bersihkan kipas umah, nak isih baju anak2 yg dah menimbun dlm lemari tu..mn tak bley pakai buang je la..mainan dorng pun nak kena cek mn yg rosak/patah nak kena buang jugak...pe lagik ek...ha nak beli set bilik tido unt bilik tamu, nak buat gazebo dpn umah, nak pasang tiles kat porch, nak pasang awning, nak buat air terjun dpn umah (semua diatas hanya hayalan semata)
dah2 la membebel cik kak oiiii...kan orng chop jd cik odah murai/kepoh plak..so STOP!!!

Tuesday, May 18, 2010

AsSet Tagging (TAG,TAG,TAG)


wah dapat tag lagik..cam korang ni tau2 je kije aku sekarang ni mmg tag mengetag pun..tp tag asset la...ni tag jenis camni aku tak ley nak buat pe la so aku buat OT la unt jawap tag yg tak de dlm task kije aku ni..

Ada beberapa pesanan dari pemberi award

1)Copy award nie kat blog korank.

Done!
sekali klik je trus bley tampal..cesss riak..

2)wat ucapan korang kpd pmberi award dan perasaan korank.

ucapan zillion trimas for mashimashi sbb bagi anugerah ni bagi menhargai penat lelah aku dlm bidang blogging ini..walaupun banyak gosip2 hangat melanda (exp;kena gosip ngan dato xyz) tapi undian korng unt melayakkan aku menerima anugerah ini membuatkan aku rasa nak makan banana split semangkuk...(hehehhe perassan glamer)

3)jawab soalan2 tag nie;

1. Ape yang bermain di fikiran anda sekarang

terpikir knp orng2 kat company aku kirje ni rude sgt padahal sesama melayu..yg cina/india/mat saleh tak de la perangai cam korang yg dah macam tak sedar diri yg korng bekerja sesama manusia n yg pasti bukan korng bekerja dgn orng serbia sampaikan nak mencaci n guna ayat kasar je kije korng...hey respect the others la skit..mcm mak bapak tak hajar je korng ni

2. Apakah nama samaran korang

Dunia IT = Dyea irdina (nama anak pompuan coming to be, tp x tau la bila nak kuonya)
MAsa LAjor kat UITm = Bon (orng dengar mmg gerun tp aku baik sey...sopan ..berhekmah..cute hahhahah perasan lagik)
FB= Cinta Sang Ratu (nak jd ratu sepanjang masa dihati cik abg)

3. Berikan 3 orang yang anda sayang
En Mohd Tarmizi Md Din
Muhammad Amrul Adam
Muhammad Amrul Raees

4. Panggilan untuk si dia

ABG... masa baru kenal ko je pas tu baik skit awak baik sikit lagi papa bila dah tunang jadik abg kawin pun abg lagik....ABG i LAP u...hehhehehhe

5. Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa

pelagi bunga la.....

6. Blog mana yang korang suke visit n yang leh aku follow gak

intan nurul fatehah ari2 mesti nak menyingah sbb dia nyer blog mmg sempoi gilew la..ooopsss aku tak polow pun blog tu..tp ari2 aku g blog tu..tak tau kenapa..aku ingt kau dah kena bomoh la...

7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda

apa barang tag kat 15 orng jerks disebab kan sahabat aku ada 99 orng so aku tag kan semua nih...adil n saksama...bukan kat 99 orng ni jerks tp kat sesapa la yg masuk jengguk2, intai2 blog aku ni sipersilakan amik tag ni sebagai ole2 sebelum balik...

Monday, May 17, 2010

RasA SuKa Or MCm KEna CabuL?



Ha lelaki2 diluar sana..apa perasaan anda
malu?
suka?
sangat suka?
merah padam?
tak jadik nak kencing?

aku agak mesti suka dgn sedikit malu2 kucing..cuba diletak model2 yg gemuk n hitam mesti tak jadik kencing..tul tak? mesti betul punya la...kat mn la tandas ni ek..kreatif tul dorng nih sempat nak pk buat camgini..klu kat negara kita abis2 mural gambar bunga jerks..hehehhe..kembang sentiasa bunga tu sbb cukup siram..
agak2 korng sekali masuk toilet ni brp sen or inggit kah nak kena bayar ek? klu kat malaysia ni tandas yg bau2 macam n hancing pun nak kena bayar 0.20 sen..tak paham aku knp tandas awan kat melisia ni susah nak jumpa yg betul2 bersih n wangi...sampaikan aku pun dah terikut iklan harpic..nak kencing pun nak balik umah..tak tahan sgt cari petronas (ok la skit tandasnya)..
tapiiiiiiii tolet pompuan tak de la ilusi menarik cam tolet lelaki kat atas tu..kenapa ek?

CuCu TauFaN TumPaNg LALu...


Petang semalm (ahad)..tgh2 sot2 tdo tiba2 aku n hero2 terjaga sbb hujan terlalu lebat, pas tu kami bertiga duk la peratikan dr dlam bilik nampak kanopi depan umah tu mcm nak tercabut ditarik angin,,ish gerun aku klu kanopi tu tercabut camner kete aku kat bawah tu mesti kena calar dek batng kanopi tu (nasib cik abg ikat kuat), ....alhamdullilah tak lama pas tu ujan n angin yg kuat tu tiba2 berenti...
pagi ni aku p kirja very de tergezut sbb tgk umah2 bawah skit dari umah aku awning nya ada yg tercabut n ada yg bengkok sampai ke atap, ariel tv (biasala kat johor ariel tinggi sbb nak amik channel singapore) patah terkulai layu ditasik madu, pokok2 plak tumbang...dengar cerita semalam twister tp versi tak besar mana yg datng jenggah area aku...mmg tergezut but aku bersyukur sgt sbb agak nya twister tu menyimpang skit jerks dr umah aku kot..klu tak mau terbang kanopi aku, pokok2 yg aku tanam mesti terbang sama..tah2 beskal hero2 aku kat luo tu mesti ikut terbang...tak abis lagi citer ni...kuo skit dr area perumahan aku ada kawasan dlm pembinaan, biasa la dorng tutup kawasan tu dgn pagar zink..yg tu pun semua terbang n tercabut..tak dapat aku bayangkan masa kejadian camner jika ada moto yg lalu...harap2 tak de la melibat kan kemalangan jiwa...
inilah peringatan dr allah unt kita..supaya kita terus ingat pada kekuasaannya, ini baru dihantarnya cucu twister..klu yg mak twister ke atuk twister ke camner?

Friday, May 14, 2010

MR A a.k.a AfTuZ my 77th follower


congrate to MR A but right now dah bertukar jadi Aftuz sbb jd follower aku yg ke 77 dan dengan bangganya aku buat la pasal preview ni unt korng kenal lebey dekat ngan Mr A ni..
dia punya blog bernama hikari project
ni la pic empunya badan
*
*

katanya dia ni pemalu sbb tu guna nama samaran je..ala ala dato K la tp dia punya Mr A sbb dia tak dapat pangkat dato lagik..klu dah dapat mesti dia tukar jd ' dato A' sila klik sini unt history knp dia guna Aftuz lak,,

Alkisahnya blog MR A ni banyak bercerita pasal robot dan dlm bila aku godek2 isi blog dia upernya dia kat jepun la....haitttttttttttt...study sana ek tp aku tak dapt cari unibersiti mn la si MR A ni study..but aku tau dia tgh buat project MRC (Micom car Rally) si A ni ngah install keter unt poject dia(ala2 keter remote)..so pas ni balik melisia aku agak la mesti perodua or proton berebut nak amik MR A ni kije ngan dorng kan?kan?kan? ada jugak cerita pasal robot..mesti beshkan ley reka robot ek...nanti senang idup ley buat unt kegunaan sendirik..duk umah dah tak panggil "bibik amikkan air' but jd camni "BOBOT amikkan air" wah canggih2..
so sesapa yg nberminat dgn teknology..minat robotik, or rekacipta kereta boley la berkunjung ke blog MR A a.k.a Aftuz ni



BIZINYAAAAAAAAAAAA....
SEMLAM M.C. ARI NI KIJE MELAMBAK2 PLAK..
hutang tag ada 2
to MR A sory preview pasal blog awak pun tak sempat sy nak buat lagik.......
SABAR DYEA SABAR
buat kije opis dlu memandangkan ari ni last kije, sok lusa cuti, klu WIFI kat tempat aku tu ok mlm ni ley bayar semua utang piutang klu tak senin la jawapnya..
RASA NAK BENTI KEJER LA.........(perasaan dtng bila kije banyak)

Wednesday, May 12, 2010

BEtiNA Yg ChiLakEr!! (Baca Dgn Mood Yg mArah pLez)

Dgn amarah yg masih blum ilang aku menaip...laju sesangat bak ketapi bullet kat negara jepun tu ada ke betina ni aku tak paham la...agaknya dia ni mak bapak dia tak hajar ko cara bercakap dgn org lain,, cara berkawan,,cara hormat orng lain...suami ko pun sama agaknya jd batang kayu buruk ek tak reti ajar bini agar sopan skit,,,ko tu pompuan, arap muka je cantik tp hati n mulut busuk cam longkang...opss bukan longkang tapi toilet bowl yg dah tersumbat nagn taik2..itu la definasi tepat unt ko punya komunikasi...ketahui la oleh mu wahai pompuan giler yg lupa mkn ubat ramai tak suka ko kat sini sbb cr ko layan manusia lain mcm taik,, ko kena sedar ko muda lagi,, orng lain dah tua2,, hati n perasaan lain so pandai la bawak diri ko,, ni semua orng ko nak cakap ngan nada poyo n kasar ko semua orng ko suka2 nak maki..who r u? u are nobody...ingatla tuhan tu maha adil aku rasa dan berharap ada orng sepak muka ko laju2 satu hari nanti...klu la kau ley nak je aku wat fans I HATE BETINA CHILAKER dot,dot,dot ni.....HUH..cibai cilanglongkang la lu

5 KaLi BuAt S*X SeHaRi

Ha jgn melopong lak tgk tajuk tu n jgn pk aku ni otak blur, yellow or red...yg penting otak akubersih seumpama bayu dibawah pokok senduduk....
topik kat atas ni pasal citer desperate housewives mlm td (minat gila siot..sapa kacau aku tgk citer ni siap la) hahahahaha...bagi yg biasa tgk mesti korng pun sama gelak mcm aku mlm td bila tgk susan(bini mike) bodoh alang tu tertipu dgn katherine(X-GF mike) pasal katherine pnah buat S*X 5 kali dgn mike (tukang beiki paip je dlm citer nih tp ramai plak nak kat dia heran aku...mesti terror service paip nih (jgn pk aku melucah lak kat sini ek)hehehehh...punya la dia tak nak kalah ngan si katherin ni sampai sanggup digodanya mike berkali2 semata2 nak samakan rekod mike n katherine....hahahahahah gelak lagi...masa season yg dlu aku tak suka katherine sbb dia banyak berahsia n suka nak jd lebey dr orng lain..tp season ni aku benci susan plak sbb dia tu dah la amik mike dr katherine dah tu mcm selalu buat katherine tu sakit ati...(agak2 kat facebook ada tak fans I HATE SUSAN ek) dah..dah..dah..pi wat kije dlu...nanti la minggu dpn tgk pe lak yg jd ngan siri nih...tungguuuuu

Susan

katherine
mike

ni la rupanya watak2 tersebut jd yg tak pernah tgk ley la ber imagine skit ek..
There was an error in this gadget