Followers

Thursday, September 9, 2010

Catatan Sebelum Raya

Dua ari sebelum raya aku dah berada dikampung, kampung suami aku di Dungun pada hari rabu...biasa la balik kg kena kongsi balk kg masing2 aku kat kuala Trg cik Abg kat Dungun..so kena bg samarata..jdnya taun ni hari pertama blk kg kat Dungun hari kedua sampai raya kedua kat Kuala Trg , raya ke 3 dan 4 kat Dungun Balik...

HaRi pertama sampai kat Dungun agenda hari itu mengunjungi kubur arwah ayah mertua yg tak pernah aku kenali (dia meninggal waktu Cik Abg masih kecik Lagi)..menjijakkan kaki ke tanah perkuburan membuatkan aku insaf..mata terus berkaca..sebak sgt..

Petang harinya aku dan keluarga sebelah Cik Abg berbuka di Luar.. kami berbuka di kedai tepi pantai Dungun..pukul 3 lebih aku dah keluar unt book tempat berbuka..pusing punya pusing pukul 5 baru jumpa sbbnya banyak kedai dah tutup sbb maybe masing2 dah balik kg...Alhamdullilah makanan kat situ semuanya sedap...

malamnya pulak selepas isyak trus aku balik ke Kuala TRG...happy gilew beb dpt balik umah sendiri..jumpa mak n adik beradik..dlm pukul 2 jugak aku tidur sbb bungkus tapai n tlng adik bongsu aku buat kek...tapi syng tak de la plak gambar aktiviti bungkus tapai dan majlis berbuka petang tadi...aku sekarang ni malas nak snap sbb bila hero aku tgk mula la dia nak kamera tu dan mula la dia sibuk amik gambar yg tahpepe...yg susah aku jgk sbb nak kena delate apa yg tak patut
Hari ini hari khamis..sehari sblm raya...tak ada acara menganyam ketupat..tp kene sambung bungkus tapai sbb mak aku takut yg mlm td tak cukup, lepas bungkus tapai aku terpaksa rela menghulurkan tangan dan menyinsging lengan baju unt buang bulu ayam...tak pernah aku buat tau sepanjang idup...pepagi lagi Cik Abg tulun mak aku semeliah ayam kampung..4 ekor je..pe lagi tunjuk la skit merebus mencelur dan menarik bulu ayam...lepas dah setle kena laks potong ayam2 tu..agak2 nak ancur jugak aku kearjakan..ye la selama ni beli kat kedai dah siap potong..

selesai bermesra dgn ayam2 tadi...aku mandi n tido dlu sbb ptng ni nak kena masak unt berbuka..abg aku dan main politik siap call mak aku semata2 nak aku masak nasi lemak kukus ayam berempah...so bila mak aku dah keluarkan arahan tak dapat la nak mengelak lagi...bgn tido aku siapkan sambal..


lepas semayang asar aku pergi melawat ayah dan atuk aku...sekali lagi mata aku bergenang...dan disaat Cik Abg membaca doa di kubur Arwah Salleh muhammad (atuk) air mata aku terus bercucuran...alkisah kecik2 dlu aku tinggal dgn nenek n atuk aku...sampai darjah 6 baru aku duduk ngan mak n abah aku...sbb tu aku terasa sgt bila atuk dah tiada..banyak perkara tentang semayang dan bab2 agama aku dapat dari atuk...semoga atuk bahagia disana. selesai ke kubur atuk aku pergi pula ke kubur Arwah Razak (Abah) sekali lagi perasaan pilu dtng tapi aku cuba tahan tak nak menagis sbb tak elok kan menangisi yg telah pergi.....sudah 4 tahun aku beraya tanpa abah...klu dikenang balik semasa abah ada mesti abah akan tempah sate..paling sikit 1000 cucuk mak selalu bebel ckp bazir tempah banyak2 tp skrng aku tgk mak pulak yg menempah...maybe mak rindu abah kot sbb tu mak buat apa yg abah pernah buat...

Malam raya...................aktiviti...tak de buat apa2 lagi duk ngadap Laptop ni menulis en3 ni..hehehhe k la bersambung lagi k citer pasal raya lak...

Monday, September 6, 2010

HappY Hour With My Ultraman

Hari raya dah tak lama...korng dah siap ke semua persiapannya..aku taun ni as usual cam taun2 lepas jugak just simple je tak de yg grand2..tak de tukar langsir, tak de cat umah...hanya beli baju, buat kue n kemas2 balik kg..ha tu la kerja aku tiap2 tahun..

Taun ni baju dah beli seminggu sblm puasa lagi...
tema taun ni Gold, ada gak ek seisi try test cuba baju...

kue dah siap buat..pulun 2 ari buat sampai sakit tulang blakang aku ni ha...

semprit coklat
Biskut badan n kelapa
biskut minyak sapi n kacang
Tart
Selesai buat kuih aku sambung bakar cup cake sikit unt anak buah yg mn besday dia dah lepas..hari merdeka itu hari...

heppy beday Anya

pas tu hero2 aku  sibuk nak deko2 jugak so aku bg je la...hasilnya


Adam Punya


Ice Punya

So semua dah selesai kecuali masukkan baju dlm beg unt blk kg. tu mlm ni punya agenda...

Unt sahabat2 sekalian salam aidilfitri aku ucapkan...sejuta kemaafan dipinta seandainya ada silap n salah yg tak disedari...kepada sesapa yg blk kg..pandu ati2 k...

Friday, September 3, 2010

kenapa tuhan tak ciptakn syurga sahaja....sedangkan tuhan itu maha adil dan penyayang...renung renungkan

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.
“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”

Wednesday, September 1, 2010

Majlis BuKa Puasa anjuran Cik Puan Dyea n Cik tarmizi

Ahad lepas 29/8/2010 majlis berbuka puasa kat umah aku di KAngkar Pulai telah selamat diadakan....tiba2 rasa nak berbuka beramai2..nak buka ngan family tp dorng jauh dimata...so jemput la kawan2

TQVM kay nor, akma, ina, ustad,wak din n family, shamsul n famili. shahril, abg hairo, eli, aizat,amir kerana sudi hadir ke majlis makan 2 yg tak seberapa ni...

menu unt hari ini adalah
Nasi kari
kari ikn merah
sambal udang
sayur campur
ayam grg berempah
bubur kacang
salad buah
sate
tembikai
air oren



wah ley tahan banyak jugak ek...alhamdullilah makanan ngam2 cukup unt malam tu...tak de la orng kata tak cukup or membazir...next year insyallah akan dibuat lagik...seronok sgt sbb dpt berkumpul beramai2
There was an error in this gadget