Followers

Wednesday, October 21, 2009

Sales!!! kids wear


Kids wear to sale...RM15.00 only..ada beberapa jenis lagi tapi x snap pic lagi..sbb model lincah sngt nak snap pic pun susah..so dapt pic ni je unt promosi..sila la berkunjung ke gerai kami di SOBB pekan francais pulai perdana, johor

this shirt come with 2 color red n black..sesapa ada anak lelaki mmg smart la pakai ni..unt budak pompuan pun ada banyak tp aku x de model unt possing..semua nya RM 15.00 aje..berbaloi untuk wang anda

Tuesday, October 20, 2009

Gharak@Razak

Alfatihah...esok 21 october tarikh lahir arwah abah...sudah 3 tahun abah kembali padanya..tanggal 1 jun 2006 abah pergi meninggalkan kami dengan tenang dan alhamdullilah abah sempat bersama2 kesemua anak2nya sebelum menutup mata. aku tak pernah simpan gambar abah..ehtah la kenapa maybe sbb takut teringgat kot yg ni pun gambar blur2 yg ada dlm hp aku...bila ingat abah aku terasa sangat sbb dia tak sempat tgk cucu dia (masa tu aku mengandungkan adam 8 bulan) adam n raees plak x pernah merasa ada atuk sbb belah suami aku pun ayahnya dah tak ada..tapi aku bersyukur sebab dapat jd anak abah..walaupun abah bengis, garang, suka marah2, tapi sbb perangai abah la kami adik beradik jadi orng, klu abah tak tegas begitu entah apa la kami akan jadi ..ye la zaman sekarng banyak dugaan yg tak kuat kecundang la jadinya..tapi kami adik beradik dapat hadapi segala dugaan sbb abah..sbb takut dengan abah, sebab nak buktikan pada abah yang kami boleh berjaya..sekarang aku terasa sgt ketiadaan abah sbb abah tak sempat lihat segala kejayaan yg anak2 dia kecapi..semoga roh abah tenang disana, AMIN..

TANJUNG LEMAN

Date:- 4-5 July 2009

JBS Facilities Family day

Ini lah family day tergezut yang di adakan..family day tapi kos sendiri tanggung..hehehheh tapi ramai jugak yang joint...dan yang pasti pecinta pantai adalah antara yang pertama setuju nak joint sebabnya...pantai...pantai tanjung leman 45 minit dari johor bahru..dekat dengan kuala sedili..sampai sana dalam pukul 12pm apa lagi macam biasa la hero2 aku sibuk nak main pasir je

so dengan mama dia sekali terpaksa joint.layan je la..

si raees ni plak sibuk pusing2 makan angin..bkn nak makan angin sangat tu tapi nak terjun pantai..saja2 usha line je tu...ptng tu ada la sukaneka antara activitinya boling pantai..kelakar la main boling pakai kelapa..tiup belon..perang tepung pun ada petang tu and last sekali tarik tali..tgk betapa letihnya kaum bapak lepas tarik tali..keciannnnnn

lepas sukaneka sema pakat terjun laut..malam plak ada bbq..pagi kedua pepagi lagi hero2 aku dah kejut ajak mandi laut..so layan je la..lepas breakfast sambung lagi sukaneka sampai la tengahari...n the winner for suka neka group aku la..megatron..masa tu kan transformer the revanged tengah meletup so nama group pun pakai nama transformer. pas tu sambung mandi lagi..tup2 baru perasan baju hero2 aku tak cukup sbb dorng ni pas aku siapkan terjun balik dlm air, pe lagi sorang pakai pampers je sorng pakai suo je duk dlm keta unt balik..trip seterusnya on planing sibu island..waitttt...







Tanjung Balau



Date:-19 OcToBEr 2009

Yehaaaaa si pecinta pantai....seronok betul si adam bila papa dia bg tau esok nak g pantai..trus dia selongkar barang2 nak bawak g pantai..malam tu siap packing dlm plastik n letak depan pintu pas tu bawak naik katil nak bawak tido sekali, siap aku kena pujuk dia letak plastik tu kat bawah katil..pagi jam 8 hero2 aku kena paksa bangun..berbekal kan sandwich n nasi serta lauk pauk untuk lunch maka pukul 8.20am bertolak la kami ke tanjung balau. plan memulanya nak g desaru tp kekawan advisedkan p tanjung balau for safety reason. dari rumah aku ke tanjung balau ada la sejam lebih..dalam kereta bebudak tu meragam sbb terpaksa bangun awal so pening kepala aku nak layan, nasib la x lama pas tu dorng tertidor sampai la kat tanjung balau baru

terjaga..jaga je trus cr plastic mainan dorng...
lepas kuo kan segala barang aku ajak la budak2 ni mkn dlu tp hampeh x nak mkn nak trus masuk air..cantiknya air kat tanjung balau ni macam pergi island la plak rasanya...airnya putih jernih sampai nampak apa yg ada kat dalam laut.tp sayang kat daratnya tercemar skit dengan sampah2 yg dibuang oleh manusia2 yg tiada kesedaran sivik ni..tau makan n buang je...sayang seribu kali sayang pantai yg cantik macam ni tp dicemari dengan sampah...mandi..main pasir..mandi lagi sampai lapar makan plak sambung lagi mandi sampai pukul 2 pm baru la kami naik san bersiap untuk balik...satu hari yang menyeronokkan sampaikan malam tadi raees ngigau ketawa sorng2...insyaallah suatu harisampai lagi kami ke TANJUNG BALAU, JOHOR

Friday, October 16, 2009

SecReCt ReCeiPT

Orng pompuan dengan resepi mmg tak bley dipisahkan...ada je nak tau resepi masakan,,,yelah nak masak untuk suami tersayang n anak anak tercinta..ari ari muak jgk tgk menda sama je masak..so kat sini aku sertakan resepi2 yang jadi kegemaran dan yg pasti klau dah cuba mesti menjadi dan sedap...dlu aku suka beli buku resepi tapi kenyataanya klu ikut dlm buku tak berapa nak jadi, agak2nya ramai orng mcm aku jugak ek,,try nak masak tapi dia punya hasil tak seperti yg diingin kan..rasa frust and membazir je beli buku2 tu..so resepi aku ni mmg bkn amik dr buku tapi hasil ujikaji aku sendiri..heheheh cam tak caya ek..tapi percayalahhhhhhhhhh


Spaghetti



Bahan-bahan

sebungkus daging cincang (ramlee)

setin sederhana tomato purii (kimball)

Sebiji bawang besar-dadu

3 ulas bawang putih-cincang

carrot-dadu

7 sudu susu tepung (susu budak ke dewasa ke semua ok je)

serbuk origano (MCcommik)

sedikit air
garam
serbuk perasa
Sedikit serbuk lada hitam

Cara memasak
tumis bawang putih n bawang besar hingga naik bau masukkan daging kacau sekejap n masukkan tomato puri, air, sebuk perasa, garam, susu, carrot, serbuk origano n lada hitam...masak hingga agak pekat dan boleh la dihidangkan.

Resepi ni cukup untuk sebungkus spegati..yg dalam kurungan tu brand yg selalu aku pakai,,korang bley pakai brand yg korng suka no hal punya..klu nak tambah mushroom ke apa ke boleh je terpulang pada korang..penggunaan susu dlm resepi ni bg mengantikan cream masakan..sebab creeam tukan mahal jd nak save budget pakai susu pun ok..nyum nyum jugak


Kek orange


Bahan-bahan


Butter 250gm


telur 5 biji


secawan gula halus


2 cawan tepung naik sendiri + 1/2 sudu sebuk penaik


5-6 sudu oren sanquick (lebih lagi pun tak pe lagi sedap terasa)


Cara-cara


Pukul butter n gula sampai kembang masukkan telur dan pukul lagi sampai kembang masukkan perasa oren dan tepung kacau sebati dan boleh la dibakar


untuk cream just beat whip cream n decorate, klu susah nak dpr whip cream bley je guna butter n gula aising. terpulang pada citarasa masing2

Fruits salad
resepi ni kau dapat dr bro in law aku, he is filipino
Bahan-bahan
Buah buahan ikut suka (epal hijau, merah,lai,anggur,pear dll.)
mayonise
susu pekat manis
Cara-cara
Potong dadu semua buah n rendam sekejap dlm air garam untuk mengelakkan buah dari bertukar warna..campurkan susu n mayonise dan gaul dengan buah yg telah di tos tadi. simpan dalam peti ais (salad ni sedap dimakan dlm keadaan sejuk)


63 petua bahagia Dr Fadzilah Kamsah


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Monday, October 12, 2009

Cerita Raya


Cerita tentang raya...aku pernah merasa raya di Terengganu, kelompo and johor baharu....zaman kecik -kecik hingga habis sekolah beraya kat kampung halaman negeri terengganu..zaman kecik kecik seronok gila raya sebab nak kumpul duit raya lepas tu pakat banding2 dengan kawan2 sapa dapat banyak...ingat lagi siap sanggup nak teman kawan2 pergi beraya umah wakil rakyat kat kampung sbb nak collect duit raya lagi...padahal sebelum tu dah p..masa tu lima posen je tp kira dah banyak la tu..klu arwah abah dia akan bagi RM5 inggit...bestnya masa tu rasa dunia ana yang empunya..tapi duit raya tak bley lanjer sema abah suh simpan dalam bank..jadi sempat pegang dan cium je la duit tu...cerita pasal makan mmg meriah la makan2 di pagi raya..yg bestnya pagi raya jiran2 pakat anto masakan special diorng kat umah kita pun berbalas hantaran la..pagi raya meja penuh dengan makanan,,,nasi dagang, nasi minyak mesti jadi kewajipan..mak plak biasa buat rendang je sbb lemang orng bagi, ketupat orng bagi,,raya kedua baru buat nasi minyak...tapi klu kat terengganu ni raya nya paling lama 5 ari je (area aku la...daerah lain x tau la) abis 5 ari abis la raya..kat sini open house x menjadi amalan lagi..kira raya pertama hingga 5 tu kita pulun la g beraya sakan lepas tu dah macam ari2 biasa je...klu kat Kl plak aku merasa raya lepas balik dr kampung la tapi cam biasa la ada jemputan open house tiap ari minggu mesti fully booking masa lunch pun ada jugakjemputan open house,,so beramai ramai la ngan office mate g open house...kiranya raya kat kl raya makan2 je ..taun ni kali ke 2 aku beraya kat johor la plak selepas berhijrah dari kl ke johor,,taun lepas beraya lebih sebulan...abis syawal pun ada open house lagi tapi yang special kat johor ni ada marhaban..taun lepas aku ketinggalan sbb hubby kerja malam jadi x bley joint tapi taun ni merasa la...best betul satu taman jalan dari satu rumah ke rumah lain sambil marhaban di setiap rumah...lepas golongan lelaki kuo turn kami kaum hawa plak masuk setiap umah untuk beraya...jadi taun ni 40biji umah (-+) kami beraya dalam satu malam...bukan nak makan kuih sgt tapi masing2 sibuk nak tengok susun atur umah2 jiran yg mmg klu ari biasa x dak peluang nak bertandang almaklum la semua busy dengan urusan masing2..tapi meriah dan bermakna la raya taun ni..selain tu suo2 pun dah sendat sbb mkn je sepanjang masa di bulan syawal ni...ingat nak amik video orng marhaban ni tapi cari2 kamera x jumpa so no visual no picture....taun depan la klu dapat....salam syawal untuk semua....

Thursday, October 8, 2009

NeGerikU TeRciNtA (Terengganu Darul Iman)

Dimana pun aku berada tapi hati aku tetap di Terengganu.. kenapa ek?


1.Lahirnya disana

2.sebab makanannya sedap- sedap, nasi dagang, nasi lemak, laksa, nasi minyak, keropok lekor etc...banyak sangat la yang sedap..sampaikan tiap kali balik kampung x cukup masa rasanya sebab nak pergi situ pergi sini makan itu ini

3.pantai...


cewah...terlebih pose plak...ni kawasan pantai airport...terkejut jugak tengok nampak pasir pantai je air tak nampak sebab dorng dah tambak untuk di jadikan kawasan airport baru. so anak2 aku yg gila pantai tu tak dapat la mandi cuma dapat tengok air dan main pasir je...kecian..

Gambar kuda2 kat bawah tu pakcik aku punya bisness la tu, 3 round 5 inggit rasanya..tah la dah lupa sbb klu aku yg naik kuda tu free, tapi mmg buat duit la port kat situ, dulu2 hari jumaat sabtu je orang ramai tapi sekarang tiap2 ari mesti ramai orng kat situ..dulu masa duk kat kelompo ada gak bercita cita nak balik berniaga kat terengganu n nak berniaga kat pantai ni tapi lastnya berpindah ke johor la plak..tunggu la suatu hari nanti..kawasan tu pun dah membangun gila sbb aku tgk dah banyak chelet ada kat situ.

below pic... snap kat pantai paka...disebabkan tak pueh ati x leh mandi so terpaksa bawak hero2 aku ni pergi pantai lagi sebelum balik johor..cantik kan view kat sini..tu yg sakan amik gambar tu..pergi sana dah petang sangat jadi aku tak mandi la cuma bg pluang kat hero2 je mandi...

alkisah si Adam ni klu sampai je kawasan pahang n nampak pantai tang tu jugak dia ajak papa dia mandi n main pasir sebab tu terpaksa la jugak bawak dia g pantai untuk puaskan hati dia..mmg anak terengganu sejati la hero2 aku ni..suka pasir n pantai...

Insyaallah nanti nak buat trip g pulau plak..pulau kapas or pulau perhentian...tak pun nak mereliasasikan cita2 nak g pantai semporna sabah..cantik seyyy sana..tgk la taun depan klu ada rezki lebih.

Ni plak pemandangan pagi hari di kampung..cantik kan..romantik je..tu pun puas pujuk anak aku yang mengamuk nak mandi kat sini...pantang nampak air semua dia nak redah
sekali tengok ala2 kat oversea plak pic ni...ni pun pic waktu pagi kat kampung..cerah mata memandang..hijau...ada ayam...citer bab ayam ni..tingat si raees ni obses sgt ngan ayam sampai sibuk kejor ayam belakang umah nenek dia...pepagi raya aku tercari2 si adam n raees rupanya duk belakang reban ayam..nasib baju raya x de bau ayam...

Wah!!!! dashatnya

STADIUM NEGERI TERENGGANU


Suatu masa dahulu ini la lambang kebanggaan negeri tetapi sekarang menyembah bumi walaupun baru lagi dibina tapi hancur berderai.. gambar ni aku snap masa nak pergi pantai airport, lalu area ni dan tergezut aku bila tengok dengan mata sendiri, kat depan2 muka sendiri..masa tengok dlm surat khabar tak la rasa apa sgt..tapi realitynya nampak sangat pembaziran yang teramat sangat..sia-sia aku bayar tx tiap taun klu kualiti kerja macam ni...dimana silapnya???? kes dah tutup senyap je sampai sekarang...

Nasib BAik la masa stadium ni runtuh tak ada orang kat dalam..dibuatnya runtuh masa orng tengok bola ke apa ke tak ke naya....moral behind the story...jangan makan rasuah...sbb tu sekarang banyak menda yang runtuh...bangunan la jambatan la.... moral??? terlebih runtuh la moral orang sekarang n...melalut la plak...........so sebelum renung renungkan lah
There was an error in this gadget