Dimana pun aku berada tapi hati aku tetap di Terengganu.. kenapa ek?
1.Lahirnya disana
2.sebab makanannya sedap- sedap, nasi dagang, nasi lemak, laksa, nasi minyak, keropok lekor etc...banyak sangat la yang sedap..sampaikan tiap kali balik kampung x cukup masa rasanya sebab nak pergi situ pergi sini makan itu ini
3.pantai...
cewah...terlebih pose plak...ni kawasan pantai airport...terkejut jugak tengok nampak pasir pantai je air tak nampak sebab dorng dah tambak untuk di jadikan kawasan airport baru. so anak2 aku yg gila pantai tu tak dapat la mandi cuma dapat tengok air dan main pasir je...kecian..
Gambar kuda2 kat bawah tu pakcik aku punya bisness la tu, 3 round 5 inggit rasanya..tah la dah lupa sbb klu aku yg naik kuda tu free, tapi mmg buat duit la port kat situ, dulu2 hari jumaat sabtu je orang ramai tapi sekarang tiap2 ari mesti ramai orng kat situ..dulu masa duk kat kelompo ada gak bercita cita nak balik berniaga kat terengganu n nak berniaga kat pantai ni tapi lastnya berpindah ke johor la plak..tunggu la suatu hari nanti..kawasan tu pun dah membangun gila sbb aku tgk dah banyak chelet ada kat situ.
below pic... snap kat pantai paka...disebabkan tak pueh ati x leh mandi so terpaksa bawak hero2 aku ni pergi pantai lagi sebelum balik johor..cantik kan view kat sini..tu yg sakan amik gambar tu..pergi sana dah petang sangat jadi aku tak mandi la cuma bg pluang kat hero2 je mandi...
alkisah si Adam ni klu sampai je kawasan pahang n nampak pantai tang tu jugak dia ajak papa dia mandi n main pasir sebab tu terpaksa la jugak bawak dia g pantai untuk puaskan hati dia..mmg anak terengganu sejati la hero2 aku ni..suka pasir n pantai...
Insyaallah nanti nak buat trip g pulau plak..pulau kapas or pulau perhentian...tak pun nak mereliasasikan cita2 nak g pantai semporna sabah..cantik seyyy sana..tgk la taun depan klu ada rezki lebih.
Ni plak pemandangan pagi hari di kampung..cantik kan..romantik je..tu pun puas pujuk anak aku yang mengamuk nak mandi kat sini...pantang nampak air semua dia nak redah
sekali tengok ala2 kat oversea plak pic ni...ni pun pic waktu pagi kat kampung..cerah mata memandang..hijau...ada ayam...citer bab ayam ni..tingat si raees ni obses sgt ngan ayam sampai sibuk kejor ayam belakang umah nenek dia...pepagi raya aku tercari2 si adam n raees rupanya duk belakang reban ayam..nasib baju raya x de bau ayam...
No comments:
Post a Comment