Followers

Friday, October 16, 2009

SecReCt ReCeiPT

Orng pompuan dengan resepi mmg tak bley dipisahkan...ada je nak tau resepi masakan,,,yelah nak masak untuk suami tersayang n anak anak tercinta..ari ari muak jgk tgk menda sama je masak..so kat sini aku sertakan resepi2 yang jadi kegemaran dan yg pasti klau dah cuba mesti menjadi dan sedap...dlu aku suka beli buku resepi tapi kenyataanya klu ikut dlm buku tak berapa nak jadi, agak2nya ramai orng mcm aku jugak ek,,try nak masak tapi dia punya hasil tak seperti yg diingin kan..rasa frust and membazir je beli buku2 tu..so resepi aku ni mmg bkn amik dr buku tapi hasil ujikaji aku sendiri..heheheh cam tak caya ek..tapi percayalahhhhhhhhhh


Spaghetti



Bahan-bahan

sebungkus daging cincang (ramlee)

setin sederhana tomato purii (kimball)

Sebiji bawang besar-dadu

3 ulas bawang putih-cincang

carrot-dadu

7 sudu susu tepung (susu budak ke dewasa ke semua ok je)

serbuk origano (MCcommik)

sedikit air
garam
serbuk perasa
Sedikit serbuk lada hitam

Cara memasak
tumis bawang putih n bawang besar hingga naik bau masukkan daging kacau sekejap n masukkan tomato puri, air, sebuk perasa, garam, susu, carrot, serbuk origano n lada hitam...masak hingga agak pekat dan boleh la dihidangkan.

Resepi ni cukup untuk sebungkus spegati..yg dalam kurungan tu brand yg selalu aku pakai,,korang bley pakai brand yg korng suka no hal punya..klu nak tambah mushroom ke apa ke boleh je terpulang pada korang..penggunaan susu dlm resepi ni bg mengantikan cream masakan..sebab creeam tukan mahal jd nak save budget pakai susu pun ok..nyum nyum jugak


Kek orange


Bahan-bahan


Butter 250gm


telur 5 biji


secawan gula halus


2 cawan tepung naik sendiri + 1/2 sudu sebuk penaik


5-6 sudu oren sanquick (lebih lagi pun tak pe lagi sedap terasa)


Cara-cara


Pukul butter n gula sampai kembang masukkan telur dan pukul lagi sampai kembang masukkan perasa oren dan tepung kacau sebati dan boleh la dibakar


untuk cream just beat whip cream n decorate, klu susah nak dpr whip cream bley je guna butter n gula aising. terpulang pada citarasa masing2

Fruits salad
resepi ni kau dapat dr bro in law aku, he is filipino
Bahan-bahan
Buah buahan ikut suka (epal hijau, merah,lai,anggur,pear dll.)
mayonise
susu pekat manis
Cara-cara
Potong dadu semua buah n rendam sekejap dlm air garam untuk mengelakkan buah dari bertukar warna..campurkan susu n mayonise dan gaul dengan buah yg telah di tos tadi. simpan dalam peti ais (salad ni sedap dimakan dlm keadaan sejuk)


No comments:

There was an error in this gadget