Followers

Tuesday, June 29, 2010

SuaMi TeRLamPau

2009
Husband of the year awards
The honorable mention goes to:

The  United Kingdom


followed closely by...
The  United States of America


and then...
Poland


but  3rd Place must go to...   
Greece



it was very very close but the runner up prize was awarded to....


Serbia

 but the winner of the husband/partner of the  ! year is.
Ireland 
Ya gotta love the Irish. The Irish are true romantics..look, he's even
holding her hand...



Woman has Man  in it; Mrs. has Mr. in it;
Female has Male  in it; She has He
in it;
Madam has Adam in it;
Okay, Okay, it all makes sense now... I never looked at it this way before:
Ever notice how all of women's problems start
with
MEN? MENtal illness
MENstrual cramps
MENtal breakdown
MENopause
GUYnecologist
AND
When we have REAL trouble, it's a.. HISterectomy.


 




Monday, June 28, 2010

GemPak: JEjak KAsiH KemBar SeiRAs Tp LAin UgaMA

KEMBAR SEIRAS TAPI LAIN UGAMA.

Kisah Benar!

SETELAH SEKIAN  LAMA MENCARI DALAM PELBAGAI CARA DARI SuRAT KHABAR, MEDIA2HIBURAN, JEJAK KASIH,  TAUTAN KASIH DLL AKHIRNYA KEMBAR YG TERPISAH INI BERTEMU JUA AKHIRNYA, DISAAT-SAAT YG  MANA UMUR  MASING-MASING SUDAH MENINGKAT.  

WALAUPUN BERLAINAN  AGAMA, FAHAMAN DAN KERJAYA, DARAH YG MENGALIR  DITUBUH KEMBAR NI MEMBUAT KAN  KREW JEJAK KASIH TIDAK JEMU-JEMU MENCARI INFO AGAR KEMBAR INI DAPAT DI KETEMUKAN SEMULA.  

(UTK PENGETAHUAN UMUM TV3 SUDAH DPT MENGESAN DARI AWAL LAGI AKAN TETAPI  ATAS KESIBUKAN YG DI ALAMI OLEH KEMBAR SEIRAS INI MAKA JADUAL UTK DIKETEMUKAN TERPAKSA Di DI WAR-WARKAN DAHULU)  

BERITA  TERKINI KEMUNGKINAN BESAR SI KAKAK YG BERADA DI MALAYSIA  AKAN MELAWAT SI ADIK YG BERADA DI   HONG KONG .

SEMOGA MEREKA BERTEMU.  
 
                                             hehehehe

Sunday, June 27, 2010

Romantika d'amour

Terkenang kembali saat2 dolu2 bila tgk statement kat Face Book Cik Puan Ct Nurhalijah Zuraidah ni..korng nak tau tak? hehhehehe mesti pengalaman bercinta kita lain2 kan tp aku punya mcm ni...pada zaman dahulu kala..6 tahun yg lepas la...cerita cinta kami banyak melibatkan makanan...hehehhehehe..kluor dating je mesti mkn2..pernah sekali tu kami pergi mkn kat secret recipe..buttt.....time nak bayar duit tak cukup...berlari cik abg cari ATM unt keluarkan duit..nasib tak kena cuci pinggan..dan tabiat suka mkn ni kekal sampai ari ni..ada je menda yg nak di mkn kat luo tu..sampaikan anak aku yg sulung si adam tu pun dah pandai bangun pagi2 mintak pizza..haru betul la..

masa tu tak de la ber email2 ke, YM ke FB lg la tak der lagik masa tu..so selain berjumpa hari2 (kami kijer satu opis) kami ada satu diari, yg mn diari ni seminggu aku pegang n seminggu lagi cik abg pegang..segala aktivity, curahan peraassan semua tertulis kat diari tu..dalam 2 diari jugak la penuh tertulis...selain tu tiap kali cik abg nak balik kg aku akan sediakan surat mengikut berapa hari dia nak blk kg..dan surat tu dia kena baca satu setiap hari (tp aku tau dia baca habis surat2 tu sekali baca je..takde nak tunggu esok lusa) lagik....ha masa tu aku buat PLK (pelajar luar kampus) kat UITM shah Alam..kelas setiap mlm so cik abg akan hantar dan tunggu hingga kelas abis..so setiap ari aku akan tulis surat berkajang2 unt dia baca...mcm2 cerita la aku tulis..dr zaman kecik2, sekolah, masuk U, mcm2 ada la kata ASTRO. jd sementara nak tunggu aku abis kelas dia boley la baca apa yg aku tulis..klu tak kesian jugak dia nak menunggu tanpa buat apa2. adakala syaitan kacau jugak dia suh aku ponteng kelas...pelagi terpedaya dgn pujukan syaitan kitaorng g tgk wayang..hehehehehe tp biasa klu ponteng kelas yg aku ley score la baru brani ponteng..pernah terjadi suatu hari tu selepas tipu sunat kak akak aku..(konon nak jumpa kawan) tp g jumpa cik abg..tetiba time balik dating cik abg excident...teruk juga abg..seday masa tu tp dlm seday ada happy jugak sbb akak aku suh cik abg duk kat umah dia sementara luka dia ok...bestnya rasa masa tu sbb tiap masa ley tgk dia, ley masak unt dia..

ada lagi yg best...masa ni aku kerja kat SS2 Petaling Jaya, tiap pagi p kerja naik moto ngan abg so tiap pagi kami akan bekpest sama2 bukan kat kedai mamak or kedai mkn tp kat bawah pokok tepi padang bola dekat opis aku...simple bekpest jer..beli air kotak n roti kat kedai runcit n makan sambil borak2 sampai la opis buka..adakala makcik aku ada bg bekal,,so kami sama2 mkn bekal tu...

Ini la antara kenangan2 terindah yg pernah aku lalui bersama cik abg tercinta dunia akhirat.........walaupun diari2 kisah cinta kita tu hilang tp dlm memori aku ianya kan kekal tersimpan..itu baru indahnya bercinta..tak tercerita lagik indahnya menjadi isteri dan ibu kepada anak2 mu wahai cik abg ku...biar la rahsia kot....

Thursday, June 24, 2010

Asma Al-HUsna

99 nama Allah...
tenang je bila dengar ...aku cuba unt hafal..insyaallah


Tuesday, June 22, 2010

CoNtESt SuAmi Ku Romantik DAn Buat Aku Terharu

empena Hari Bapa  terdetik dihati saya nak buat satu contest (dah lama terniat nak buat tp tak tau nak buat contest aper) So dengan bangganya Cik Puan Dyea ingin mengwarwar kan contest suami ku romantik dan buat aku terharu dibuka kepada semua bloggers...


Syarat2 nya amatlah mudah iaitu,
  1. Jadi followers blog dyeairdina ini.
  2. Buat entry  pasal suami anda...dalam satu en3 kena buat dua cerita satu pasal perkara paling romantik yang suami anda pernah buat (unt bloggers yg bergelar suami jawapnya tulis la cerita pasal perkara romantik anda pernah buat unt isteri anda) yg kedua ceritakan apa perkara yg buat anda rasa terharu sgt yg pernah suami anda buat (bloggers suami orng cerita la apa korng dah buat sampai bini korng terharu) contoh entry tu ada kat bawah...unt rujukan korng
  3.  Dan masukkan juga gambar paling romantik or sweet anda dan pasangan dalam entry tersebut.
  4. Lepas itu, sematkan banner kat atas ni di sidebar blog sepanjang giveaway ini berlangsung
  5. Tinggalkan url entry post anda untuk giveaway ini di comment box entry ini juga ye supaya mudah saya pergi check.=)
Giveaway ni akan tamat pada 1hb August 2010 11.59 malam..
Pemilihan pula dibuat berdasarkan kepada entry yg paling menusuk kalbu, yg mana hakimnya adalah saya dan cik abg


Hadiahnya ialah sehelai levis jeans 501 (mengikut saiz suami pemenang)

(ini hanya gamba contoh..design maybe berlainan sbb stock sentiasa dtng design lain2)

Update : senarai peserta akan saya  list kan di sidebar kanan. Check ye kalau tertinggal bagitahu..=)

p/s :Ask me everything kat shout box di sidebar yea


Romantik...lelaki mmg susah jugak nak cari yg romantik..alhamdullilah suami aku berada ditengah2 tak romantik sgt dan tak la tak tau nak romantik sgt..susah jugak nak mengasuh suami aku ni jd seorng yg agak romantik sbb dia berada dlm kategori agak pemalu..tp selepas 5 tahun kahwin suami aku akhirnya membuatkan aku cukup terkejut di hari ulang tahun  perkahwinan kami..dia mengambil cuti kerja senyap2 tanpa memberitahu aku..pagi2 dia rela hati menghantar aku ke tempat kerja, tengaharinya (aku halfday ari tu) dia datang amik aku bawak anak2 masuk je kereta aku dpat sejambak bunga ros...dan selepas itu dapat lagi satu hadiah...rupa2nya suami aku dah plan lama unt kejutan2 romantis ni..hehehhe dia siap masuk blog unt cari idea lepas tu bertanya pada kawan2 dlm facebook unt dapatkan idea...ini la saat yg tak akan aku lupakan, suami aku sanggup buang perassan malunya unt hari bersejarah kami...i love u abg...
Banyak benda yg buat aku terharu dgn apa yg suami aku buat salah satu dr nya adalah masa tu dlm kesakitan sbb keguguran anak pertama kami..masa tu kami tak ada kereta..so sejam aku manahan kesakitan kat rumah..pukul 2 pagi suami aku kejutkan jiran tp dorng tak terjaga..lastnya suami aku kebalai polis mintak bantuan..tak
lama kemudian ambulan datang, masa tu aku dah pucat sbb hilang banyak darah, abg dukung aku dari tingkat 3 (duk umah flet je masa tu) hingga ke bawah unt dibawa ke hospital..semasa dihospital dia sanggup tak balik sbb nak tau keadaan aku..dia sanggup tido dekat kaki lima hospital bertemankan nyamuk..pepagi lagi dia balik ke rumah semata2 nak mencuci darah aku yg menitis dari tingkat 3 ke tingkat bawah dan selepas itu dia datang ke hospital lagi.....sedih aku tgk dia masa tu..keletihan tak cukup tido dan kesedihan..dia sama2 menangis dgn aku masa aku dlm kesakitan kat rumah....

Alhamdullilah aku bersyukur sgt dpt berjumpa jodoh dgn nya..bersama2 membina rumah tangga..dari kehidupan kami yg tiada apa2 dlu tp sekarng kami memiliki segala-galanya,,anak2 yg comel, tempat berteduh  yg selesa, dan yg penting seorng suami yg sentiasa mengambil tahu pasal aku..menyintaimu adalah satu kebanggaan bagi ku...

Monday, June 21, 2010

Aku berbini 2..ish berlaki la..oh tidak berblog la

Kerajaan negeri aku skrng ni buat pertandingan blog pelancongan negeri trg so aku pun joint la jugak...so korng meh la berkunjung n pollow sekali blog baru aku ni..ada rezki mn tau menang ke...hehehhehe ni blog aku unt pertandingan tu.. terengganu..i likeeeeeeeeee
jom la jenggah...sesapa yg berminat nak joint pun boley...hadiah best tau berminat boleh tgk kat sini
so pas ni jd la aku cam orng berbini dua...kena adil unt dua2 blog yg aku ada...hehehhe
blog baru ni banyak berkisar pasal negeri aku...pasal tempat yg best2, mknana yg best2, budaya kitaorng, mcm2 la..terjah k...aku tunggu di sanaaaaaaaaaaaaaa


KEmbali lagik......pot pet pot pet

Salam sejahtera unt semua sahabat2...4 ari aku tak sentuh keyboard sbb aku M.C, kerana aku sakit
*
*
dah dpt mc 2 ari pas tu sabtu n ahad plak cuti maka aku amik pluang ni unt balik kampung..hohohohohoho balik kg..hati giranggg........balik terengganu tercinta la pelagik..
balik kali ni tak sempat bawak antu2 air g pantai...sian hero2 aku sbb tak dapat mandi pantai..tp aku dah janji nanti akan aku bawak dorng jugak..balik kali ni aku cuma sempat buat sambutan besday unt mak (Pn Rokiah 54 years old) n anak buah aku (Hapis 12 years old), bizi sakan aku n atikah (adik bungsu) buat cup cake..adik aku yg lain lak pakat buat mi kari...tp yg kelakarnya konon nak buat suprise unt mak. tup2 masa aku balik mak aku tader sbb g rombongan ke JOhor...hahahhahaha...buat la besday party tu tanpa besday girl
 ni la pembuat cup cake versi cucu-cucu tok mi..abis sebungkus tepung dorng kerjakan..tapi tak pe janji dia tak kaco aku wat kirja

tekunnya...semangat sey...bukan senang ley nak main2 aising cam gini
 
selingan dr hero2 lepas main2 tepung dorng main dlm bakul baju ni plaks..mcm2...
 
ni la hasil titik peluh anak menantu cik kiah...unt pastikan cup cake besday tu jadik ..

Alhamdullilah selamat semuanya (pic mi kari lupa amik la) licin selicin licinnya..mak sempat tgk gambor jerks...mkn anak cucu dah abiskan....hehehhe

Wednesday, June 16, 2010

surat nak brake off ngan boyprend

Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend orang putihnya…
Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat…surat tu macam ni bunyinya….hehehehe

Hi,My motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION
 US. I have think about this very cook. I know i clap one hand only.Correctly, i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don’t trust you again!!!My Friend speak you play three wood.
Now i know you correct correct play three wood. so, i break off to pull my body from this love triangle.I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here. But i always love where also i live….Safe live……
Tijah

Rosak bahasa...mesti mat saleh tu baca sampai terjelir lidah... tijah ooo tijah

entry geli geli.

Apa yg geli? ha ni aku nak buat N3 pasal geli2...bukan geli geli sbb ringan2 ke raba2 ke apa2 yg tak sepatutnya...
sebagai manusia mesti ada kelemahankan? tipu la klu kata ada yg tak takut apa-apa...walaupun seorng yg se gagah under taker ke, the rock ke..mesti ada kelemahan tersendiri takut bini 2 orng nih  .
ada yg geli dan tak bley tgk kat
 *
*
     cik cicak..ramai tak suka sbb body dia lembut bila disentuh...lain2 alasan aku tak tau sbb aku ok je tak pernah bergaduh ngan cik cicak..                                                                                  
                                     
 *
 *
 
Cik Siti pun ramai tak suka n geli ngan dia (tp siti nurhaliza  tak de orng yg geli laks) maybe bau dia yg busuk n bulu2 dia tu kot

*
 *
 Cik lipas...maybe sbb kaki yg banyak beserta bau ketiak dia tu buat orng geli dan menyampah tu...tp klu aku aku benci dia berak merata..sampai dlm kabinet aku penuh dgn dia punya taik...

  *
 *
cik ulaq ni mmg comperm ramai yg geli dan comperm ramai yg takut...geli sbb body dia panjang licin n lembik..takut sbb takut kena patuk...tp aku ok lg ngan cik ulaq ni..berani pegang lagik
sebabnya aku geli kat cik ulat kat bawah ni..masa buat entry ni pun tgn aku terketaq2, kepala pening2 sbb gambar cik ulat ni..tgk gambar je dah buat aku geli geleman..klu depan mata mmg aku larik (padahal ulat tu jln slow jerks)..geli la...klu ada kat pokok kat umah aku mmg semua pokok2 lain sekali aku buang...mmg aku terlalu tak bley dgn binatang ni...geliiiiiiiiiiii



Tuesday, June 15, 2010

world cup jersy.......free (tak tipu tau)

korang jgn jeles tau di musim world cup ni tiba2 aku ada jersy bernama n bernombor paberet aku...taun ni aku ingat nak sokong france la..walaupun tak kaki bola sgt tp skit2 ley layan gak la..

nah sesapa yg nak buat jersi jugak klick  SINI . dah dapat jersi tu ley la pakai unt menunjuk kat orng2 kampung ke, kwn2 sekolah ke, member2 pejabat ke,...tp pesanan dr aku......
 MENUNJUK2 ITU ADALAH RIAK,,,,RIAK TU DOSA TAU...so tak yah la nak menunjuk sgt...ngeh,ngeh,ngeh

Monday, June 14, 2010

fadhilat bulan rajab

Sekejap je masa berlalu kan..dan sekarang bulan Rajab kembali lagi...so kawan kawan jom sama2 kumpul pahala semampu mungkin...kita sebagai manusia banyak melakukan dosa dlm sedar atau tidak maka jgn dibiarkan diri kita terus hanyut dibuai "KE DUNIAN"

Di riwayatkan bahwa Rasulullah SAW telah bersabda : "Ketahuilah bahwa bulan Rajab itu adalah bulan Allah, maka :

Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keridhaan yang besar dari Allah SWT ;
 
Dan barang siapa yang berpuasa pada tgl 27 Rajab  akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa ;
 
Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rajab akan mendapat kemuliaan disisi Allah SWT ; 

Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu tgl 1, 2 dan 3 Rajab  maka Allah akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat ; 

Barang siapa yang berpuasa lima hari dalam bulan ini, Insya Allah permintaannya akan dikabulkan ;
 
Barang siapa yang berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga ; 

Barang siapa yang berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka Allah akan menggantikan semua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka Allah akan menambahkan pahalanya ;


Sabda Rasulullah SAW lagi :
" Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril, a.s : " Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini ?". Maka berkata Jibril a.s : Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca shalawat untuk Engkau di bulan Rajab ini".


Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :
" Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW kesebuah kubur, lalu Rasulullah berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdo'a kepada Allah SWT. Lalu saya bertanya kepada beliau : "Ya Rasulullah mengapakah engkau menagis?" Lalu beliau bersabda : " Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya dan saya berdo'a kepada Allah, lalu Allah meringankan siksa atas mereka".

Sabda beliau lagi : " Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya, mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja dibulan Rajab niscaya mereka tidak akan disiksa didalam kubur".

Tsauban bertanya : " Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah dapat mengelakkan dari siksa kubur?".
Sabda beliau : " Wahai Tsauban, demi Allah Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan shalat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat karena Allah, kecuali Allah mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan shalat malam satu tahun".

Sabda beliau lagi : " Sesungguhnya Rajab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku".
" Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka".

musim mengawan

mmg sah skrng ni la musimnya..almaklum la musin cuti sekolah..tp aku suka musim mengawan a.k.a musim orng kawin ni....sbbnya aku tak yah masak dihari cuti..ye la jemputan memanjang bila hari cuti.
sabtu kat area umah aku ada kenduri..semalam plak kenduri kawin work mate aku (nak guna ayat opis mate tak bley sbb dia tak duk kat opis ) kat senai
*
*
 ni la upernya pengantin baru tu cik alfi n wife
*
*
kelainan dlm majlis ni sampaikan ada 6 jenis air dihidangkan unt tetamu..betui2 lain dr yg lain n aku suka ngan idea ni...mcm g pasar mlm lak bley pilih2 air...ada sirap, bandung, kelapa, oren, jagung, asam..pilih!pilih!
*
*
ni la rupa cik abg aku mkn2 sambil control encem (mmg encem pe dimata aku)
*
*
 si adam plak belasah kuih suji n kacang je dr td
*
*
ice cool cam air batu walaupun berpeluh2 kepanasan

dah kenyang cam biasa la blk umah tido kepetang...best!best! aku suka musim mengawan nih....

hantu durian di musim durian





Dengar hantu mesti takut kan tp bila dengar durian mesti ramai yg suka....setelah setaun menunggu saat2 ni akhirnya tiba...apa yg aku tunggu? nop aku tak tunggu durian luruh sbb aku tak de kebun kat sini....yg aku tunggu adalah apek2 jual durian kat belakang dapur umah aku.

dapur aku mengadap higway stars that why la ada apek2 duk bertenggek kat situ jual derian..yg bestnya durian tu fresh gilew, bak kata orng2 tua, dara lagi beb (durian ada dara ek) knp durian ni fresh?
sebab pokok durian tu kat atas bukit depan umah aku (tgk dpn belakang umah aku ada durian..tp kenyataanya aku tak duk dlm kebun durian) jdnya apek2 ni pepagi naik atas bukit tu kutip derian and trus jual kat tepi jln lakang dapur aku....tangkainya bergetah lagik cam janda berhias tu tandanya derian tu fresh..
harganya berbaloi dgn rasanya yg perghhhhhhhhhhhhhhh......best gilew...tak caya tgk bawah ni..


ni la si hantu durian...siang mlm mintak durian

*
*







ari ni rezki aku dpt durian tembaga , agak mahal skit tp berbaloi baloi

*
 *


tak sempat amik rupa durian sebijik2 sbb dah kena ngap dlu tinggal kulit n biji jerks

Sunday, June 13, 2010

yabedabeduuuuuuuuuu

ces apa la yg aku suka sgt ni ek mesti korang herannn...aku epi bkn sbb dpt 2 juta or sbb peknent lg or sebab dah nak abis ganti poser...tp aku epi sbbbb

*

*

*

*

*
AKU DAH BLEY AKSES WIFI KAT TEMPAT AKU NEGA NI HAHAHAHAHA

jan marah ek kengkawan....so rajin la aku melepak sini pas ni sbb ada penyebab nya..klu tak aku rela p buka kedai n balik lepak kat umah jerks

Friday, June 11, 2010

compirm batman adalah anak superman

Ha korang jan tak caya lak ngan statement ni...ini adalah betul sebetul bettul nya...tak de tipu-tipu (dosa tipu tau), klu ikut sejarah batman dan superman ni mcm tak pernah kenal satu sama lain ye la bukan apa sebenarnya batman tu malu sbb superman suka kuo mkn angin pakai suo dlm kat luo...disebabkan malu maka dia tak pernah buat press conferance bg tau kat dunia yg dorng ni sebenar nya related..very de close..father n son...klu korng tak percaya gak cuba korng tgk bawah ni...bukti yg kukuh dan nyata tau...tak de super imposed atau edit mengedit...kisah benar dan nyata senyata nyatanya.
*
*
*
*
*

Thursday, June 10, 2010

Terliur aku tgkkkkk


Bukan terlio tgk aweks seksi or mamat badan ketul ketul tau..tp terlio tgk choc. mud ni...kat kedai resepi resia  je ada menda alah ni...area umah aku season ada la..ish2 disaat tingin ni tp encik M tu ada agak banyak so tgk la camner..klu rajin bley la g jusco beli menda alah ni klu tak buat tak tau je la sampai terlupa. 

kenapa aku teringin? bkn aku pregnant tau tp aku skrng tgh operasi ganti poser ari ni ari ke 8 so korng paham sendirik la klu dah poser tgk apa benda pun rasa cam nak sgt mkn...

tgk choc. mud ni mesti aku akan tingat kenangan masa pregnant adam dulu2..ari2 wajib mkn kek ni..nasib la masa tu kerja kat Damansara Perdana so on the way nak blk kije bley la singgah kat Mutiara Utama dlu beli menda lah ni..nasib la si adam tak terikut ngan habit aku ms pregnant...klu tak mesti ari2 aku kn bli unt dia laks..cuma yg aku nampak si adam ni dia antu durian..pantang tgk mesti nak..heran aku sbb masa ngandung dia tak de la aku ngidam durian..cerita pasal durian tinggat aku kat PUFF DURIAN...hari minggu ni bley la wat poject puff durian..sapa nak mkn jom la mai umah

KnP MaK BaPaK DiA CamTu????

Mcm ner la ek budak sekecik ni dah bley addicted to rokok...knp mak bapak dia camtu? camni ke kita corakkan kain putih yg menjadi tanggungjawap kita? ish gerun aku bila baca pasal budak kecik seawal 2 atahun dah merokok..bukan takat tu je sampai 40 batang sehari...berita dr harian metro (surat kabar yg banyak citer sensasi tp tak tau la auta ke tul...hehehhe sendiri pk la) selanjutnya klik  SINI


kata mak bapak budak tu dorng terpaksa bg jugak rokok kat si boboi ni (nama rekaan aku sendirik..heheh nm betul dia Ardi Rizal) sbb klu tak boboi ni nangis, klu aku snang je solutionnya..aku kasi pelempang je klu boboi ni nangis nak rokok...nasib la stkat ni anak aku pandai mintak gula2 n jajan jers..klu mintak rokok gak mmg haru biru aku...

berbalik pada cerita kat atas aku rasa mesti mak bapak budak ni kerja  kat kilang rokok gudang garam sbb tu ley bg 40 batang sari unt anak dorng isap..klu tak mn nak mampu oiiiiit...laki aku pun isap sekotak berhari2 sbbnya rokok mahal..(nak benti tak tau la bila)..semalam punya berita bg au budak ni dah kurang skit merokok sbb di beri terapi bermain..nasib la ada yg prihatin klu tak aku rasa tak sampai 12 tahun si boboi ni dah dpt sakit jantung dah..sian dia..

moral behind the story bukan je siboboi patut tak isap rokok tp kepada semua perokok2..main2 ke tegar ke..rokok membarhayakan kesihatan..mati itu pasti..if mati sbb sakit jantung n sakit jantung tu sbb anda isap rokok so mati anda dikira mati bunuh diri...nauzubillah.... 
There was an error in this gadget