Followers

Sunday, June 27, 2010

Romantika d'amour

Terkenang kembali saat2 dolu2 bila tgk statement kat Face Book Cik Puan Ct Nurhalijah Zuraidah ni..korng nak tau tak? hehhehehe mesti pengalaman bercinta kita lain2 kan tp aku punya mcm ni...pada zaman dahulu kala..6 tahun yg lepas la...cerita cinta kami banyak melibatkan makanan...hehehhehehe..kluor dating je mesti mkn2..pernah sekali tu kami pergi mkn kat secret recipe..buttt.....time nak bayar duit tak cukup...berlari cik abg cari ATM unt keluarkan duit..nasib tak kena cuci pinggan..dan tabiat suka mkn ni kekal sampai ari ni..ada je menda yg nak di mkn kat luo tu..sampaikan anak aku yg sulung si adam tu pun dah pandai bangun pagi2 mintak pizza..haru betul la..

masa tu tak de la ber email2 ke, YM ke FB lg la tak der lagik masa tu..so selain berjumpa hari2 (kami kijer satu opis) kami ada satu diari, yg mn diari ni seminggu aku pegang n seminggu lagi cik abg pegang..segala aktivity, curahan peraassan semua tertulis kat diari tu..dalam 2 diari jugak la penuh tertulis...selain tu tiap kali cik abg nak balik kg aku akan sediakan surat mengikut berapa hari dia nak blk kg..dan surat tu dia kena baca satu setiap hari (tp aku tau dia baca habis surat2 tu sekali baca je..takde nak tunggu esok lusa) lagik....ha masa tu aku buat PLK (pelajar luar kampus) kat UITM shah Alam..kelas setiap mlm so cik abg akan hantar dan tunggu hingga kelas abis..so setiap ari aku akan tulis surat berkajang2 unt dia baca...mcm2 cerita la aku tulis..dr zaman kecik2, sekolah, masuk U, mcm2 ada la kata ASTRO. jd sementara nak tunggu aku abis kelas dia boley la baca apa yg aku tulis..klu tak kesian jugak dia nak menunggu tanpa buat apa2. adakala syaitan kacau jugak dia suh aku ponteng kelas...pelagi terpedaya dgn pujukan syaitan kitaorng g tgk wayang..hehehehehe tp biasa klu ponteng kelas yg aku ley score la baru brani ponteng..pernah terjadi suatu hari tu selepas tipu sunat kak akak aku..(konon nak jumpa kawan) tp g jumpa cik abg..tetiba time balik dating cik abg excident...teruk juga abg..seday masa tu tp dlm seday ada happy jugak sbb akak aku suh cik abg duk kat umah dia sementara luka dia ok...bestnya rasa masa tu sbb tiap masa ley tgk dia, ley masak unt dia..

ada lagi yg best...masa ni aku kerja kat SS2 Petaling Jaya, tiap pagi p kerja naik moto ngan abg so tiap pagi kami akan bekpest sama2 bukan kat kedai mamak or kedai mkn tp kat bawah pokok tepi padang bola dekat opis aku...simple bekpest jer..beli air kotak n roti kat kedai runcit n makan sambil borak2 sampai la opis buka..adakala makcik aku ada bg bekal,,so kami sama2 mkn bekal tu...

Ini la antara kenangan2 terindah yg pernah aku lalui bersama cik abg tercinta dunia akhirat.........walaupun diari2 kisah cinta kita tu hilang tp dlm memori aku ianya kan kekal tersimpan..itu baru indahnya bercinta..tak tercerita lagik indahnya menjadi isteri dan ibu kepada anak2 mu wahai cik abg ku...biar la rahsia kot....

2 comments:

planet putih said...

so sweet....
hehe
( * * )

Hana Faza-same person said...

seronok bila dikenang2 kan:)

There was an error in this gadget