Followers

Thursday, September 9, 2010

Catatan Sebelum Raya

Dua ari sebelum raya aku dah berada dikampung, kampung suami aku di Dungun pada hari rabu...biasa la balik kg kena kongsi balk kg masing2 aku kat kuala Trg cik Abg kat Dungun..so kena bg samarata..jdnya taun ni hari pertama blk kg kat Dungun hari kedua sampai raya kedua kat Kuala Trg , raya ke 3 dan 4 kat Dungun Balik...

HaRi pertama sampai kat Dungun agenda hari itu mengunjungi kubur arwah ayah mertua yg tak pernah aku kenali (dia meninggal waktu Cik Abg masih kecik Lagi)..menjijakkan kaki ke tanah perkuburan membuatkan aku insaf..mata terus berkaca..sebak sgt..

Petang harinya aku dan keluarga sebelah Cik Abg berbuka di Luar.. kami berbuka di kedai tepi pantai Dungun..pukul 3 lebih aku dah keluar unt book tempat berbuka..pusing punya pusing pukul 5 baru jumpa sbbnya banyak kedai dah tutup sbb maybe masing2 dah balik kg...Alhamdullilah makanan kat situ semuanya sedap...

malamnya pulak selepas isyak trus aku balik ke Kuala TRG...happy gilew beb dpt balik umah sendiri..jumpa mak n adik beradik..dlm pukul 2 jugak aku tidur sbb bungkus tapai n tlng adik bongsu aku buat kek...tapi syng tak de la plak gambar aktiviti bungkus tapai dan majlis berbuka petang tadi...aku sekarang ni malas nak snap sbb bila hero aku tgk mula la dia nak kamera tu dan mula la dia sibuk amik gambar yg tahpepe...yg susah aku jgk sbb nak kena delate apa yg tak patut
Hari ini hari khamis..sehari sblm raya...tak ada acara menganyam ketupat..tp kene sambung bungkus tapai sbb mak aku takut yg mlm td tak cukup, lepas bungkus tapai aku terpaksa rela menghulurkan tangan dan menyinsging lengan baju unt buang bulu ayam...tak pernah aku buat tau sepanjang idup...pepagi lagi Cik Abg tulun mak aku semeliah ayam kampung..4 ekor je..pe lagi tunjuk la skit merebus mencelur dan menarik bulu ayam...lepas dah setle kena laks potong ayam2 tu..agak2 nak ancur jugak aku kearjakan..ye la selama ni beli kat kedai dah siap potong..

selesai bermesra dgn ayam2 tadi...aku mandi n tido dlu sbb ptng ni nak kena masak unt berbuka..abg aku dan main politik siap call mak aku semata2 nak aku masak nasi lemak kukus ayam berempah...so bila mak aku dah keluarkan arahan tak dapat la nak mengelak lagi...bgn tido aku siapkan sambal..


lepas semayang asar aku pergi melawat ayah dan atuk aku...sekali lagi mata aku bergenang...dan disaat Cik Abg membaca doa di kubur Arwah Salleh muhammad (atuk) air mata aku terus bercucuran...alkisah kecik2 dlu aku tinggal dgn nenek n atuk aku...sampai darjah 6 baru aku duduk ngan mak n abah aku...sbb tu aku terasa sgt bila atuk dah tiada..banyak perkara tentang semayang dan bab2 agama aku dapat dari atuk...semoga atuk bahagia disana. selesai ke kubur atuk aku pergi pula ke kubur Arwah Razak (Abah) sekali lagi perasaan pilu dtng tapi aku cuba tahan tak nak menagis sbb tak elok kan menangisi yg telah pergi.....sudah 4 tahun aku beraya tanpa abah...klu dikenang balik semasa abah ada mesti abah akan tempah sate..paling sikit 1000 cucuk mak selalu bebel ckp bazir tempah banyak2 tp skrng aku tgk mak pulak yg menempah...maybe mak rindu abah kot sbb tu mak buat apa yg abah pernah buat...

Malam raya...................aktiviti...tak de buat apa2 lagi duk ngadap Laptop ni menulis en3 ni..hehehhe k la bersambung lagi k citer pasal raya lak...

2 comments:

♥xaturen♥ said...

Selamat Hari Raya no..

gumbiralah bersama keurga tersayang..

Hana Faza-same person said...

selamat hari raya..hati2 memandu dan jaga kesihatan juga ye