Followers

Friday, April 30, 2010

AkuLA CindeLeLaLaLaLaLA Li Tamplong

Kali ni aku rasa macam dah jadi cindelela lak..tapi aku beruntung skit sbb tak kena dera dek mak n kakak tiri..yg selalu dera aku cuma anak2 yg suka mengamuk n buat perangai..heheheh..tgh ari my cik abg jemput dr tempat kerja buka je pintu si adam bagi ni
*
*
*

belum abis aku senggih sbb hepi sgt, tgk2 perut si ice tu buncit semacam jerks..uper2nya dlm bj dia ada ni

*
*
*

duk dlm keta aku tak ley tutup mulut asik senggih je mcm kerang busyuk..sampai aku rasa mulut aku kejang sbb senyum..ish..ish..ish tak terjangka lah cik abg nak buat surprise camgini..dgn adiah yg aku tak pernah terfikir dr cik abg..teng Q a lot my dear..taun depan buat la suprise lagi...i likeeeeeeeee
ada lagi agenda tersembunyi dr cik abg..di bawaknya pulak aku ke kenny rogers, sepedek kat sana..yum yum yummy...cik abg cam biasa la set quater plate blackpapers aku lak try menu baru quater plate BBQ..not bad tp x ley lawan blackpaper sos punya..nah unt tatapan mata korng klu tinggin ley p kedai pak cik kenny mkn n bayar sendirik k
*
*
*

tak abis kat sini ce cerita cinderela ni pas balik umah, kami tertidor sbb keletihan ye la jln2, kejar hero2, mkn2, kejar hero2 lg, shoping, kejar hero2 lg...banyak mengejor dr kena kejor tu yg letih tu
mlm tu bermula la acara buat kek (dah pandai buat sendiri dah kata cik abg, sbb tu aku dah tak beli kek kat kedai), ni la chefnya
*
*
dan hasilnya....coklat cake with cream cheese spiderman (terpaksa buat ikut hero2 punya paberet padahal aku nya anniversary buat la deko yg romantik skit)
*
*

hero aku siap tanya "mama mn labah2nya?"
n for our dinner ini je mampu aku sediakan sbb dah exhausted sgt dah..
*
*

manakala untuk suami tercinta..ku hadiahkan benda tak seberapa ini unt mu..semoga kasih kita berkekalan selamanya.Amin...
*
*

sesungguhnya aku rsa aku lg bertuah dr cinderalela sbbnya zaman dia dlu putra jemput pakai keta kuda tak de keter lagi, tak de kenny rogers lagi dan yg paling penting putra dia tak pandai cakap bahasa melayu..dan dia tak de hero2 mcm hero aku yg banyak keletahnya........hahahahahahaharun salim bachik

AlaHai..Dah Kn Cerai, Cinta Pun Putus..INsaf bila lagik..kihkihkih

MAap yer bkn aku yg kena cerai n kekasih lari...aku masih bahgia bersama cik abg n anak2..yg aku nak kisahkan ni adalah cik KD (kris dayanti) ala si pembawak lagu "aku wanita biasa" tu la
alamak aii mcm dah jd ruangan sok sek sok sek lak...
mlm td terbaca dlm metro..ini la dunia ek tuhan nak balas trus bg cash kat dunia ni gak..klu ikt sorat kabar sblm ni mengatakan KD ni bercerai sbb ada orng ke 3 (bukan aku yg kuo statement k tp wartawan yg tulis) very de plik biasanya lelaki yg ada pompuan lain tp ni si KD ni yg ada lelaki lain almaklum la jutawan beb...dah la kena cerai hak penjagaan anak pun kat suami dia (klu aku la pepehal anak la yg aku nak tuntut-harta paling mahal tu-) tup2 hubungan terlarang pun dah putus ek..katanya sbb tau jutawan tu dah ada bini...ala takkan la selama ni tak bley hidu....zaman sekarng semua bley petik dpn mata..lain la klu zaman dolu2..logik gak kak KD oiiiii
so moral behind the story....setia la dlm perhubungan dan jaga la keluarga kita kerana ingat la wahai umat manusia dunia ni berputar di paksi yg sama..pusing2 kita gak yg kena kembali (what goes around will be around-tul tak ayat aku nih?) klu nak baca details ley g
*
*
Sini
(petikan dr HArian metro 29 april 2010)
"Baru-baru ini, KD mengejutkan peminat apabila membuat pengakuan dalam satu sidang media di Indonesia mengatakan percintaannya dengan jutawan dari Timur Leste, Raul Ramos, sudah berakhir dan dirinya tiada lagi kaitan dengan lelaki berstatus suami orang itu."
*
*
*


ni la rupanya janda dr seberang KAK KD kita..(bg sesapa yg tak familiar ngan dia ni la..tp yg pasti mesti kenal kan?kan?kan)

KaRaNgAn MeLaMPaU..iSh..iSh..Ish

Karangan Melampau-petikan dr mjalah ujang masa zaman aku sekolah dulu2

Karangan ni tak pernah bosan aku baca n aku rasakan ni la karangan terhebat yg patut menang anugerah nobel....

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Thursday, April 29, 2010

Sembang Kedai kopi PAgi Khomis

Mak ai tgk titlenya macam la tgh ber wifi kat kedai kopi pepagi ni..dah kat opis pun malahan tak de minum kopi pun pagi ni...tp saja saja je nka buat tiltle tu sbb sembang mmmg sinonim ngan kedai kopi betul tak? hari ni ada la idea unt bbrp N3 tp tak bley la nak buat lagi sbb hari ni aku kena berusaha gigih membuat aku punya report..perkara paling aku dan korng yg kat luo sana pun tak berapa rajin nak buat setiap bulan..
borak2 pagi ni aku mulakan dgn berita gembira bg diri aku n cik abg...mengandung...NO LA...berita bestnya aku dah jadi manusia normal (macam la aku alien sblm ni ek) semalam g follow up aku nye kes kat hospital..kes apa bley tgk kat sini...cik dokto sah kan aku nyer beta HCG dah 3.9..makna nya aku punya hormon dah normal n tak payah pikir pasal kimo lagi...LEGANYAAAAAAAA..tp aku still kena followup ngan spital dua minggu dr skrng ..klu ok maka pas ni sebulan sekali je la kn follow up, tak de la letih sgt aku nak p spital jerks tiap 2 minggu.
apa lagi nak borak ek sblm aku buat kije yg melambak ni...ha mlm td aku bercita2 nak msk lemak telur n ikan kering unt cik abg n hero2 aku tp tak sempat la td terMALAS nak bangun so sadin je la lunch dorng nanti...i'm sorry...
Sampai pepagi td dpt call marah2 pasal system down (IT depatment)..aku yg br sampai tak tau pepe..mengangga je la kena bambu..so skrng aku kena benti menaip sbb aku kn investigate...kenapa?mengapa?...so tgk la memalam nanti klu wifi kat tmpt aku tu ok maka ada la N3 terbaru..Chowwwwwwww...

Tuesday, April 27, 2010

5 TahuN Sudah....



Kejap je masa berlalu..hari ni genap la 5 tahun usia perkahwinan kami..wah rasa mcm terlalu cepat masa berlalu,,adakala bila tgk anak2 aku rasa cam tak percaya plak aku dah ada anak..bila aku beranak ek? hehehehhe (berangan muda tak sudah). 5 tahun menyulam kasih..banyak asam n garamnya..(kata orng tua2 la) gembira bersama, sedey bersama, bergaduh..semua tu lumrah tp semua tu la yg buatkan kasih sayang kami bertambah erat, semoga ikatan ini kekal selamanya dan yg penting kasih sayang n cinta kami akan berbunga selamanya..

Buat Suami ku yg di kasihi

Cinta ku tak berdusta
tak megenal ingkar
tak kenal nestapa
tak ada seribu janji
Cintaku hanya indah
Hanya bahgia untuk selamanya
Apa yg kurasakan ini
Persembahan unt dirimu
Kau biar kan kasihku
Mencintai mu tak mengenal waktu
tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya unt dirimu selalu



cHOmEL, chANtIk n sHEdAP (best web i ever found)

inspiration for every celebration

Buka je web tu kuo la kata2 kat atas..tp tak sempat tgk pe yg kuo mata aku trus tgk kat pic kek kat depan tu..mak eikhh meleleh ayaq lio..aku suka sgt la ngan menda2 mcm ni..trus cr sasaran aku si cup cake yg come lotel ...

mmg mengetarkan jiwa la tgk deco kat dlm ni n yg paling best segalanya pasal deco ni ada kat dlm web ni, mmg jawapnya satu ari suft pun tak abis lagi (bagiorng yg minat la)..so apa lagi sesapa yg mmg minat bab2 deko..deko...deko ni, jom la jejalan cuci2 mata..esok aku nyer 5th anniversary..ingt nya nak buat kek n deko sendirik..so klu dapur tak terbakar, kek tu jadi maka akan menjelma la pic nya kat sini..tungguuuuuuuu

ClubBing??? MamiL MaMa Gold Club la


Masa 4th pragnency ari tu ada la
reg. unt mamil mama club..lepas miscarriage kira dah tak ingat
pasal ni
tup2 samapi la kiriman yg d
ihantar oleh cik posmen ke rumah..dapt la magazine n toddler blanket, si raees yg amik n pakai sbb
nak tunggu ada adik tak tau bila lagi..berbaloi jugak
m
asuk club ni sbb mag. yg dia antar tu ada mcm 2 info..jom kita kongsi...nurture you dlm tu ada citer pasal budak2, ada resepi, ada panduan..mcm2 ada la ..lagi pun anak2 mmg mnum susu dugro so mmg tindakan jd ahli club ni mmg tepat la...mn la tau pas ni dorng nak anto susu lak setin dua ke..jimat gak tu..

Monday, April 26, 2010

CeRiTa KaSuT CinDeraReLa, mcm2 bau ada....

Petang tadi blk dr kerja lepas salam2 n pluk cium ngan cik abg yg nak g kije (kije shift camtu la bini balik laki pergi..hehhe) tiba2 nampak semak lak rak kasut aku, so aku pun duk kemas2 la ..banyak rupernya yg tak bley pakai dah tp nak dibuang sayang terutama kasut/slipar anak2..zasss dtng idea unt amik pic semua kasut/selipar ni n than aku ley buang dengan ati yg riang sbb aku still bley tgk harta kesayangan ni.

ini adalah kasut mak budak, kasut g kije n jln2, bley tahan bayak jugak ek..


yg coklat tu kasut antaran kawin, disebabkan dah nak 5 taun kawin so kasut tu dah buruk nampaknya tp aku akan simpan jugak smpai bebila...nostalgia beb


ha ni la kasut g kije..time rasa nak pakai sporty atau ertikata lain g kije pakai t-shirt n jeans je..baru senang aku nak berlari dlm kilang tu..

yg biru tu kasut g pasar..mmg seswai sgt sbb pasti tak tergelincir, almaklum la pasar kan basah n licin takkan nak pakai heel lak kan..boot aku tu dah lama tak pakai, lepas branak anak no 2 mmg dah tak pakai..klu dlu bila pakai rasa cam rock la skit tp skrng ni tak rock dah kot..belajar2 jd orng tua la plak..

ni selipar jln2 kat kawasan umah jer..yg pinky winky tu mesti la aku munya n yg cam kapal tu cik abg punya..

Ha ni plak kasut cik abg kita, klu tak silap aku ada satu lg but maybe dlm kete kot...ish sian lak ek bila dah buat cam ni br perasan yg cik abg tak de kasut/selipar sangat...ok la camtu nanti besday/anniversary/hari bapa bg selipar/kasut je la..bley tak?

ni palk selipar n kasut si adam n ice..comel cam orng nya

ni palk adam n ice pakai masa mula2 belajar jln dlu...koleksi ni la yg aku syng sgt..dulu aku simpan atas almari kat dlm umah tp budak berdua tu amik n buat main kat luo, tu la rupanya klu tak simpan btul2. ln kali kn amik letak dlm frame trus..baru la cantik sentiasa

nah ini la hasilnya selepas saringan, bany ak gak yg terpaksa dibuang..nak buat camner walaupun syang tp rak kasut aku dah tak larat nak tanggung lagi anak2, bini2 yg ramai tu so terpaksa la diceraikan n dibuang anak2 bininya (ini cerita pasal kasut/selipar tau bukan buang baby mcm orng sekarang suka buat tau)

"saya nak Cadbury Chocolate"


Mak oiii tgk pic kat atas terus kecur ayaq lio aku...tgk lak ada tulis nak bg free..pantang tok nenek aku dengar benda free ni tapi kena jadi visitor no 3333 ek..camner ni nak kena selalu peratikan la blog cik ct kita ni..

'Uolls kenalah jadik Visitor aku yang ke 3333 then Print Screen dan buat 1 entry di blog uolls dengan tajuk "saya nak Cadbury Chocolate"
Jangan lupa bagi link uolls kat komen box entry ni supaya senang la aku nak terjah.'

nah ni la pesanan penaja unt sesapa yg nakkan coklat dr langkawi ni...cik siti nak tau tak saya tiap kali mengandung mesti nak coklat ari2...alhamdullilah anak kuo dua2 ceria n happy memanjang..senyum n mesra alam..lepas tu la baru ada tebaca article kat satu majalah omputeh tu yg bg tau mkn coklat masa mengandung ley menghasilkan baby yg ceria..so betul la ek apa yg dlm article tu..

alkisah pada tahun 2007 saya pernah sampai ke langkawi, saja g melencong with hubby n my son. 6 bulan sebelum pergi sy dah kumpul duit hanya unt beli coklat shaja kat sana..lastnya bawak balik satu beg besar (terpaksa beli beg kat langkawi unt muatkan coklat n terpaksa bayar lebey kat air asia sbb lebih timbangan) seronok tak terkira mkn coklat lepas tu dan saya rasa lagi seronok klu tiba2 cik ct kata saya la orng bertuah yg cik ct nak bg coklat tu...hehheheh

Aku berada di kedudukan 26,622,251


JAlan2 blog Fizwan n jumpa pasal ranking trafick Alexa, so klu betul la pemahaman aku aku sekarng berada di ranking no 26 juta 622 ribu 251 orng ..betul tak Cik FIzwan kita....mak aikhhhh camni kena kerja kuat lagi la ek...camner nak tarik orng unt masuk blog aku..pas ni kena tulis kut bahasa omputeh, perancis, jepun, china...baru ley cantik kan ranking, kena terjah lagi la Fizwan nyer site lajar mn bley...tq sifu

MuRaH! MuRaH SokMo Di RenGiT


Peta kat atas bukan nya peta unt cr harta qarun..tapi peta camenr nak g rengit.,apa itu rengit? rengit ni sebuah tempat dijohor yg ada menjual barangan second hand dr singapore,

yang uniknya ianya dijual di perkampungan orng asli, dan dijual oleh orng2 asli shj, so dapat la mereka meningkat kan taraf ekonomi mereka .

dan yg uniknya lagi pada yg belum pernah pergi mesti terganga tgk keadaan kat sana. first time pergi sana aku siap pakai high heel n bawak stoller budak untk angkut anak2 aku..tp bila sampai sana tergezut aku tgk..sblm ni aku bayangkan tmpt tu lebih kurang mcm shopping complex..hahhahaha rupanya orng2 kat sini berniaga dlm umah (umah pun tak mcm umah sgt) so my advised nak p sana bawak la kipas tangan n pakai la selipar (selipar jepun lg bagus) krn kita kena keluar masuk dr satu umah ke satu umah n kena bukak kasut a.k.a alas kaki.

walaupun nampak tempat ni cam something skit tetapi mmg best giler shopping kat sini..penuh ngan advanture.. datng pagi tau2 dah nak petang, knp aku ckp camtu sbb sini semua brng ada cuma kita nak kena pandai cari n selongkar pastu deal la harga ngan peniaga2 kat sini.brngan electric, elektronik, mainan budak, perkakas dapur, hiasan umah, perabut, kasut, baju, langsir,brngan baby, beskal, semua ada la kat sini..aku dah sambar tv satu 42' dlm RM 400 jer..sampai ari ni elok lagi ley guna...

bagi kanak2 sini la syurga sbb mainan lambak je jual..yg ori plak tu..walaupun namanya second hand tp barang kat sini majority elok lg, kena elok dpt yg mcm baru..klu cik abg ajak g shoping kat jusco or rengit mmg aku pilih rengit dulu...very very the intresting and berbaloi baloi for my money..hahhahah so pe lagi yg belum pergi ley la pergi yg dah pergi je tau nikmatnya kan?kan?kan?