Followers

Saturday, January 15, 2011

Segalanya kamu......

Saat mengandung ni aku banyak terarah nak menulis pasal baby pasal mengandung ..ish2 naluri kot..en3 ni aku buat unt rujukan anak aku bila besar nanti...

first baby yg aku kandung tak sempat melihat dunia..pada usia kandungan 3 bulan aku kehilangan kandungan aku..ingt laki tarikh 22/8/2005..sedih sesangat rasanya


Aku mengandung lagi dan alhamdullilah kandungan kali ini tiada masalah dan pada 9/8/2006 lahirlah
Muhammad Amrul Adam..di Hospital Kuala Trg jam 8.34 pagi..berat adam 3.05 kg..dilahirkan pada pagi Rabu..

Rezki agaknya adam setaun lebih aku mengandung lagi..selamat dilahirkan pada 2/4/2008
Muhammad Amrul Raees, lahir juga pada hari rabu di Klinik Keluarga Kuala Trg, berat 2.9kg pada jam 5.45 ptng.

walaupun dua2 hero tp aku bahagia dgn kehadiran permata hati aku ni..


tahun 2010 aku mengandung lagi tp bukan rezki aku..aku disahkan molar pregnency..klu tak silap aku 23/2/2010 kandungan aku terpaksa di DNC..abis airmata dah tp dah takdir terpaksa la trima..

Akibat Molar pregnancy aku terpaksa berulang alik ke hospital unt memantau beta HCG dlm tubuh aku..mula2 dua minggu sekali kemudiannya sebulan sekali dan setrusnya dua bulan sekali..Alhamdullilah brta HCG aku normal dlm masa 6 bulan. tp aku dinasihatkan supaya tidak mengandung dlm 2 tahun..

Takdir tuhan dan rezki kami sekeluarga aku mengandung lagi..(walau tak sampai 2 tahun n kena perli2 ngan doktor) dan kandungan aku sekarang sudah masuk 5 bulan..dijangkakan due aku pada 20/5/2011..aku berdoa semoga kali ni aku dapat bersalin ikut due..kelahiran sebelum ni aku dipaksa oleh doktor sbb over due..aku tak pernah rasa cam ne pecah ketuban sbb doktor yg pecahkan..hehhehe...lagipun dr ckp2 orng yg bersalin biasa (tak kn paksa) sakitnya tak la sesakit kena paksa..betul atau tak aku pun tak pasti..so baby mama kuo ikut due tau..awal seminggu dua pun takpe..mama,adam,ice,papa tak sabar nak tgk baby.

1 comment:

mama-syira said...

apa molar pregnancy tu? murah rezeki ko.. hehe. so kali ni harap2 girl lah ye. janji sihat.

There was an error in this gadget