Followers

Monday, January 31, 2011

" If I Have RM100~ "

Aku jarang masuk contest ni tp sbb ari ni ujan tak benti n mata tak leh tutup maka aku gatalkan tgn nak try la..mana la tau kan rezki ari ujan..korang pun klu nak joint jom..

If korang ada rm100, apa yang korang nak beli. Kasut ke, baju ke, teddy bear ke, purse ke apa2 la yang korang nak. As long as rm100 below.
So sy sgt b'murah hati untk hadiah kan pada anda..

Syarat2 contest ni senang je..


1) Upload pic barang yang anda idamkan. 
biasa la bila dah berumahtangga minat kat barangan dapur la plak so akak nak beli periuk sepertimn kat atas tu..

2) Nyatakan sebab anda mahu kan barang tersebut.
akak nak piuk ni sbb sejak mengandung ni akak sentiasa tingin nak tukar piuk2 lama kat umah ni ha..bila ada piuk baru maka akak akan lebih bersemangat nak masak..(pinggan mangkuk dah berjaya tukar baru) so bila semangat masak maka rajin la akak ke dapur dan feel nak masak sedap2 tu mesti mari...sbb harga dia RM99 je maka lebih sehengget tu akak leh beli soft aiskim kat ikea tu..yummy sedapnya..

3) Follow my blog http://aunimiyukie.blogspot.com ( nak ramaikan kwn2 )
....>dah polow pd jam 5:46 31 jan 2011

4) Buat entry tajuk " If I Have RM100~ "......
.....>dah copy tajuk ni sbg tajuk en3

5) Letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.....
.....>dah kat atas sekali belah kiri

6) Tag pd 3 kwn yang lain.
Sahabat...nah aku tagkan contest ni kat korng mn la tau kan klu korng dapat RM100 tu kn bg ngan aku tau 50:50
-lyea Afrina
-Cikidong
-woghih den

7) Jangan lupa tinggalkan comment n link anda slps itu..

dah tinggal dah

Tarikh tutup : 10 February 2011
yezza 31st jan lg dah post en3 ni so tunggu result je..hehee

HUjaN (en3 ini tiada kn mengena dgn NOH Hujan)

Kat johor ni dah lebih kurang 4 ari ujan berpanjangan..klu kat kampung aku di TRG ni mesti dah banjir bila ujan dtng tak berenti ni...

Hujan...mengamit memori daun pisang...dibawah pokok pisang katak bersahut sahutan...cewahhhhhhhhh

aku teringat masa zaman aku kecik2..klu ujan je maka beramai2 la aku n adik beradik pergi mandi kat luar rumah..bukan kami je tp jiran2 pun sama pakat mandi ujan...dgn hanya memakai sluar 'katok' (pendek) maka berlari larian la kami dlm ujan..jumpa lopak kami berendam dlm tu ala2 swimming pool...tak pun pakat duk bawah bumbung yg mn air mengalir laju dan kuat sambil berangan mandi kat air terjun..dah sejuk biru baru pandai nak balik umah...

Balik umah lak lepas bilas mandi dgn air paip pekena lak kopi panas n ubi kayu/keledek tak pun lempeng atau pulut dgn kelapa..mak aikhhhh...mabeles

skrng ni aku mula terfikir knp anak aku tak pernah mandi ujan ? anak jiran2 juga..(anak korng pun sama kot), anak aku pun tk pernah mintak nak mandi ujan..dorng klu ujan pandai je duk diam dlm umah tak keluar2..layan tv n games..knp ek?

Adakah kerana segan sbb tak de geng atau pun kualiti air ujan skrng tak mcm dlu? atau pun sbb aku tak pernah bercerita pasal seronoknya mandi ujan...rugi kan menjadi anak2 zaman skrng...banyak moment indah kita dlu tak dapat diulangi mereka...

FORBES----->snarai makan2 yg exlusive n mahail2

Td layan chanel Astro 707 TLC, FOrbes most expensive food klu tak silap la tajuknya..nak terkeluar gak anak tekak aku tgk...

Diantaranya

PIzza yg berharga 1000 dollar

Gold Cakes berharga 1000 dollar


burger yg berharga 5000 dollar


truffle sets berharga 8888 dollar

malahan mkn kat atas awangan pun ada....dinning in the sky katanya..


Agak korng la sesedap manakah mknan2 tersebut sampai rega dia macamtu sekali...?

pendapat aku la maybe sedap lebih kurang ngan apa yg kita makan selama ni tp atau pun sedap skit je...tp yg membuatkan orng2 yg mkn ni terbeliak biji mata (konon 'my god veryy the sedap') adalah STATUS.

-bila mkan mknan tu orng tau dorng banyak duit
-bila mkn tu boleh la dorng bercerita dorng hebat sbb dah mkn benda mahal tersebut
-bila mkn mkanan tu dorng leh la meletakan dorng antara yg bertuah sbb dpt makan benda yg tak semua orng boleh mkn padahal dorng tak ingat nanti kat syurga lebih dr tu lg dorng dapat mkn..

so korank...klu nak try mkn benda2 tu silala...bg yg berduit je la..klu orng cam aku ni mana mampu..mampu tgk je lg pun aku tau makanan tu semua tak halal...arak semestinya ada dlm semua makanan mahal tu..
Alhamdullilah jugak sbb aku bukan orng berduit tu sbb slamat tekak aku dr mkn benda mahal yg tak halal dan boleh menjadikan aku riak di dunia...Amin

Sunday, January 30, 2011

Kubur (BAnglo kita sebelum menuju akhirat)

Rasulullah saw menegah dari mengecat kubur dan duduk diatasnya serta membina binaan diatasnya”. Riwayat Muslim.

Dari Abdullah bin Hasanah berkata: Aku lihat Uthman bin Affan radhiallahu anhu memerintahkan agar diratakan kubur. Maka dikatakan kepadanya: Ini kubur Ummu Amr binti Uthman, maka beliau menyuruh agar diratakan (tanah di atas kubur tersebut). (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam (المصنف) 4/138. Abu Zarah dalam (تاريخه) 2/66, 2/121. Sanadnya sahih dari Abdullah. Dan telah diwaridkan oleh Ibn Abi Hatim dalam (الجرح والتعديل) 3/81-82.)
Dari Abi al-Hayyah al-Asadi berkata: Berkata kepadaku Ali bin Abi Talib: Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam mengutusku? Janganlah dibiarkan satupun berhala kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kuburpun kecuali engkau meratakannya. Riwayat Muslim, Abu Daud, an-Nasaii, at-Turmizi, al-Bahaiqi dan Ahmad.

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan:
Dilaknat pembuatnya (orang yang bersolat, membina masjid atau binaan di kuburan), wajib bersegera merobohkannya dan merobohkan kubbah yang dibina di atas kubur kerana membinanya lebih bahaya dari masjid ad-Dirar yang dibina kerana bermaksiat terhadap Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam yang mana baginda telah melarang dari melakukan yang sedemikian.
Berkata Imam al-Baghawi rahimahullah: Dilarang (diharamkan) dari meletak payung di atas kubur, kerana Umar radhiallahu anhu setelah melihat payung di atas kubur maka beliau menyuruh agar dibuang payung tersebut dan berkata: Biarkanlah amalnya yang memayungkannya.

Berkata imam Syafei: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut [yg meruntuhkan binaan ats kuburan] dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.”Katanya lagi: “ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.”
Imam as-Syafie juga berfatwa: Dibenci mengapur, membaca dan menulis tulisan di atas kubur, samada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya.
Imam al-Nawawi rh. berkata : Makruh : mengecat, membina bangunan dan menulis diatas kubur. Haram : Jika dibina bangunan diatas kubur orang awam (musabbalah atau waqaf) maka hendaklah dimusnahkan” (Minhaj al-Thalibin, ms 360). Didalam al-Majmu’, al-Nawawi mengatakan : “Berkata sahabat-sahabat kami Rahimahullah: “Tidak ada perbezaan antara membina bangunan (di atas kubur) sama ada membina kubbah atau rumah atau seumpama keduanya. Kemudian hendaklah diperhatikan, jika kubur itu kubur musabbalah (kubur orang awam) adalah haram di atasnya berbuat demikian…. Jika sekiranya kubur itu milik persendirian, adalah harus membina bangunan, ianya dihukumkan makruh dan tidak perlu dirobohkan” [al-Majmu‘: 5/260].

Kubur orang awam umat Islam
Kubur 10,000 sahabat di Baqi’
Perkuburan di Ma’la Mekkah.

Kubur para sahabat yang dimuliakan Allah Swt biasa aje.. Kita yang tak tahu entah dimana ni lebih-lebih pulak. Bagaimana mutakhir kini, bermacam-macam jenis kubur dikalangan masyarakat melayu kita sendiri. Adakah ia dipengaruhi kubur-kubur cina atau bagaimana? Seperti gambar dibawah ini..

Kubur-kubur orang berdarjat ke?

Apabila mati didarat mereka bina kubur-kubur macam tu. bagaimana kalau mati ditengah laut? dimana mereka nak binakan kubur? Adakah mereka meniru daripada kubur-kubur pemimpin negara kita seperti maqam pahlawan?

Makam Pahlawan adalah sebuah perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Ia direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Howard Ashley tahun 1965. Disitu dikebumikan Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn & Tun Ghaffar baba. Terbaru apabila peruntukan bagi membina Makam Pahlawan baru di Ibu Negara diperuntukkan lebih RM70juta??? Duit ini duit persendiriankah? Atau duit rakyat? Duit pembayar cukai?. Yang telah sedia ada tak mencukupi. Makam sedia ada itu mungkin tak cukup untuk pemimpin yang sedia ada untuk meninggal nanti.. Ataau kita ingin menghambat maqam pemimpin dunia yang membena kemercuan dunia meskipun dicela agama?


Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.


Makam Maussollos di Halicarnassus (kini Bodrum, Turki) merupakan sebuah makam besar yang dibina untuk Satrap (Gabernur) wilayah Parsi Curia Maussollos oleh isteri dan adiknya Artemisia II dari Caria. Bangunan makam direka oleh arkitek Yunani purba Satyrus dan Pythius. Tinggi makam ini 45 meter. Di dinding luarnya terdapat ukiran dan seni pahat. Antipater dari Sidon telah memasukkannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia. Makam ini dibina antara tahun 353 dan 350 SM


Bagaimana dengan makam ini? Apa kata mufti dan ulama. Apa tindakan Pejabat agama?

Makam DiRaja Lama Jugra

Makam Diraja Johor
Makam Diraja Perak di Kuala kangsar
Maqam Diraja Seri Menanti, Negeri Sembilan

Taj mahal

Adakah kita ingin membina makam untuk mengebumikan jenazah kita diatas airmata rakyat atau kekayaan dari hasil mahsul rakyat. Seperti makam gah taj Mahal???

Antara 7 ajaib didunia yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dengan tenaga 20,000 pekerja selama 22 tahun. Meskipun ia hebat tetapi ia dibina diatas airmata rakyat. Bahkan dikatakan dicungkil mata perekanya iaitu Ahmad agar beliau tidak mampu mereka maqam seperti itu selain Taj mahal.


Semoga ia menjadi muhasabah kepada kita semua. Bahawa kita semua akan fana' dan binaasa dan akan kembali kepada tanah sebagaimana kita diciptakan. Bahkan semua kita akan dipersoalkan Allah dihari akhirat kelak. 

makan yg tahap kedaroh!!!!

Malam td tak tau la kerana ujan yg menyebabkan aku lapar or sbb mmg aku nak bg orng2 kesayangan aku kenyang dan hepi...


maka tersedia lah...lamp chop n bolognese spegethi..mengikut citarasa aku n family
lepas makan layan dvd 'step up3' syok gile tgk dorng menari..pas tu sleep time and the result cik Soami terlambat bangun unt pergi kerja sbb maybe mlm td terlampau kenyang.

Moral:-mkn kn bersederhana..sekadar mengalas perut unt kita bertenaga menjalankan tangungjawap pada tuhan dan tanggungjawap harian kita..

Saturday, January 29, 2011

Jom Kongsi..Jom amik iktibar...jom jd yg lebih baik dr sebelumnya unt masa depan kita di akhirat



Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)

< 60th
> 70th
60th - 70th
(65th)

Chart

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)

Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"

Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh  ± 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?


Gambaran kasarnya:

Mari kita muhasabah bersama..... ....!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam

Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ...
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???

1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan:waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa...

Logiknya:

Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... 

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... 

Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat

TAMAT

"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''

Friday, January 28, 2011

Jom Skodeng

Meh kita skodeng apa ada dlm ni
*
*
Korank agak apa ek dlm ni...harta karun! tv! biskut kering! mayat(mak oii)!
 ni la isi kandungannya...al maklum la dah tak lama nak trima orng baru so kn la tgk apa yg ada apa yg tak de..sbb aku dah nak stat soping dah
*
*
 bantal bb, sarung bantal, sarung tilam
 Diary..hehehhe ni excelinya diary zaman bercinta..seminggu diary ni ngan aku sminggu ngan cik soami..segala benda pasal kami ada dlm tu..aku pun tak tau knp diary ni ada dlm kotak tu...misteri betulll!!!!!
 Sarung tgn n kaki bb beserta topi bb
 mentang2 topi ni dia yg punya dulu2 nak jugak di try nya..
 adam pun sama nak try jugak bila tgk ice amik gamba
 selimut bb n tuala yg orng bg unt ice masa dulu2 yg tak pernah terpakai lagi
 barut perut bb n kain lampin
 Beg bb..dr zaman adam sampai ke ice..
 Spring buai
 Koleksi baju terpilih..masih elok unt dipakai..so basuh je la bg wangi2
 ni pun sama baju2 yg masih boleh dipakai
  ni plak (nak menangis aku td) benda2 yg terpaksa aku buang sbb mmg tak leh nak pakai lg dah..baju2 bnyk berbatik sawa sbb anak aku jenis air lio meleleh sampai dua taun..
ini la keputusan dr aktiviti skodeng dan pilih td...ni je senarai yg nak dibeli..klu kira baju cam dah cukup tp sbb sian kat bb nanti tader baju baru so aku beli jgk la skit..eiii tak sabar nak g soping2 ni..walaupun lg 3 bulan baru bb kuo.

Thursday, January 27, 2011

Puding Petai

Apa kejadahnya la aku taip tajuk en3 ni...sapa la nak mkn klu buat puding pakai petai..ada ke orng nak mkn? sebenarnya aku nak taip Puding Tapai...


belek2 buku2 aku yg penuh lemari tu nampak la resepi puding petai tapai ni..sbb aku suka tapai (goreng pun sodap) maka aku imagine la mesti sedap klu buat puding..


bahan2 simple je..
serbuk agar2 sepeket (10gm)
gula 1/2 cwn
Air 2 cwn
susu isian 2 cwn
tapai 1 cwn


cam buat puding biasa la...masak air, agar2 n gula..blender susu n tapai n masukkan dlm agar2 td..bekukan 
(disebabkan kat umah aku ada acuan pat segi ni je maka puding ke kek ke semua berupa pat segi)

rasa dia....erm,,errrrr,,ummmm,eerrrhhh...ada rasa tapai ada rasa lemak2..tp bagi aku yg bernafsu ketapaian aku rasa klu letak 2 cawan tapai baru lg siot kot...

so korng jom pakat beli petai tapai..jom buat puding..pas tu jom mabuk tapai

i tak suka orng menega unt dpt untung aje..klu nak duit banyak2 g main no eko la!!!


Alkisah smlm nak cr cendawan grg tp tak ada..so nampak ada pasar mlm kat area aku duduk ni maka berhenti la kami kat situ..aku n hero2 tunggu dlm keta je sbb klu kami turun maka akan huru hara la pasar malam tu dgn jerit pekik hero2 aku..

masuk je dlm keta cik soami aku ckp 'yang chicken wings jual kat sini RM1 je..kan biasa 1.50 ke 1.80 satu' aku a'a je..'agaknya wing tu kecik kot' jawapan unt bg cik soami ilang kekonfiusang dia..

sampai je kat umah trus kami buka plastik unt belasah chic.wings tu..mak aikh besar la lak wings dia..dlm ati aku duk memuji baiknya ati penega ni wings besar tp arga murah..

makan je..skali ngap rasa cam ayam..2 kali ngap trus aku ckp kat cik Soami knp wings ni isi dia kering ek..cam terlebih masak..siap belek2 lg tak nampak ada kesan hangit or itam legam lak...3 kali ngap br aku dpt rasa...ayam tu rupanya dah digoreng dulu..pas tu agaknya nak cover dorng bakar skit masa jual n salut kuah..lastnya tak abis pon mkn..mmg tak selera..

bukan sekali dua aku bermasalah ngan makanan yg dibeli..tp berkali2..dlm ati menyumpah la jugak..ari tu order nasi aym penyet..dah la tunggu lama dapat nya nasi, sup n ayam grng biasa yg dah sejuk n keras...

Bln lepas tv rosak maka aku g bli tv tp dpt tv rosak..bila komplain mcm2 alasan..antar blk tv tu dibrinya tv ganti unt sementara...pastu sampai ari ni tak dpt lagi tv aku..tepon tak angkat,klu angkat alasan bertimbun..

wahai para2 penega tolong la..sesungguhnya rezki paling afdal adalah rezki berniaga..tp klu lebih nak untung dr memberikan yg terbaik unt pelanggan kita tak de maknanya....berniaga biar la iklas..biar la dgn niat kerana Allah bukan krn niat nak cepat kaya..klu nak cepat kaya masuk la skim cpt kaya atau main no ekor..

Wednesday, January 26, 2011

Kisah Disebalik perpisahan fasha and jejai

Mak aikh..semangat korng nak tau ek...tak de nya aku nak citer pepe pasal dorng ni cuma aku nak bercerita disebalik kisah ni..lg pun klu aku ulas pasal perpisahan dorng ni nanti info tak betul aku dapat doser...tak nak la dosa kring camgitu..korng nak?
(slalu orng taruk gambaq seksi je..nah aku kasi korng sejuk mata skit..dosa pun tak de kan sbb tak tgk aurat dia)

Alhamdullilah la klu betul fasha dah clash ngan jejai sbb kurang skit doser...hahhahaa..tp klu masih bersama halalkan lah hubungan tersebut..nikah ajer? 

jgn kata tak mampu..jejai duit berkepuk..klu dia kata dia tak de duit...mak bapak dia duit tak muat bilik kebal bank tu..hehhee tak pun leh pinjam ngan En ramelle ashram adik dia tu...dah keturunan banyak duit so mesti tadak masalah ngan duit kan..

jgn kata masih nak mengenal diri pasangan masing2..dah brp lama korng bersama? selagi tak kawin slagi tu korng takkan kenal pasangan korng yg sebenarnya..percaya la teori aku ni..bahwasanya manusia buta sbb cinta tp bila dah kawin baru mata mula celik..baru nampak kelemahan yg selama ini disangkakan kehebatan..

ok la malas nak membebel lg sbb nanti terkeluar rahsia2 yg tak sepatutnya pasal pasangan ni..klu tak betul jd fitnah..sapa yg tanggung doser?aku jugak....

Kek DUa PoSen

Semalam rasa nak mkn benda manis..pelagi

*
*
*
ni la dia kek dua posen (nama aku bg kut suka aku je)

knp kek dua posen? 

ekceli ni kek span biasa je tp aku add asam gambir (ala yg bulat2 cam duit dua posen tu)

 sonok hero2 aku duk menyusun asam tu dlm adunan kek..dan sonok jugak makan sbb rasanya lembut, masam,manis...

Tuesday, January 25, 2011

Alhamdullilah krn aku bukannya seorng mak datin yg ada duit berkepuk2

ptng semlm aku layan ASTANA..rancangan berkonsepkan tunjuk2 umah yg chantek2 dan tuan umah yg voque2..di hoskan oleh kak nita (patut tukar jadi nek nita lak kot sbb umur dia n nenek aku dah dekat nak sama cuma nenek aku dah berkedut tp dia mentein tegang lg kulit).

Adalah sorng datin tu..ada koleksi beg tangan berjenama around 6000 beg dan kasut dlm 1800 pasang..nak jenama apa? LV, Gucci, Coach, bla, bla, bla semua ada..yg bestnya mak datin tu ckp ada yg dia tak pakai pun ada sbb terlupa nak pakai ke apa ke aku tak tau la..ye la dah banyak sgt kan...

Alhamdullilah aku bersyukur pada mu yg Allah sbb tak menjadikan aku seorng yg kaya dan berkemampuan membeli benda2 semua tu..sbb klu aku pun mampu mesti aku pun cam datin tu...mesti  apabila aku mati semua benda2 tu akan menjadi saksi aku...ye la dr duit tu digunakan unt benda2 tu baik la kiranya disedekahkan ke tempat yg sepatutnya..agak2 aku harga barng2 tu semua dah boleh buat masjid dah sebijik...

Datin tu berkata lagi 'beg ni dibuat hanya unt i' so dgn erti kata lain orng lain klu dpt beg sama cam datin tu jawapnya yg pirate la tu beli kat pasar chow kit kot..lagi statement best...penyanyi mat saleh si Beyond tu bengkek ngan datin ni sbb tak dapat jd orng terawal unt beg LV lates edition..

Aku bersyukur lagi pada mu ya Allah sbb aku bukan la datin tersebut..aku tak mau berbangga memakai barangan yg hanya aku je dapat memilikinya di dunia ini..sbb aku ingn tanamkan dlm hati aku yg dibuat khas unt aku dan hanya aku aje yg memilikinya dlm dunia ni adalah batu nisan bertulis nama aku..aku ingin menjadi seorng insan yg sentiasa ingat mati..kerana itu yg terbaik..aku ingin kuburku mendapat hawa daripada syurga sementara menunggu hari kiamat tiba bukan nya hawa dari neraka. 

Korank yg mana tgk rancangan ni tak payah la pasang angan2 nak memiliki semua ni..jom kita bersederhana..krn itu yg terbaik..kerana dunia ini pinjam pinjaman..pabila mati kita takkan dapat guna segala harta kita kat dlm sana. hanya amal dan doa dari yg masih hidup yg akan membantu kita. 

Monday, January 24, 2011

Ayam kukus Ala Cik Puan Dyea

Salam Tengahari..ari ni korng dah tau aku lunch apakan..tujuan aku taruk resepi ni kat sini bukan pasal aku nak buat blog aku jd blog masak masak tp ni unt Cik soami aku..supaya nanti time aku pantang beranak dia leh buat reference unt masak lauk ni..mmg sedap dan seswai unt orng dlm pantang sbb ada halia n lada itam..bukan tu je hero2 n cik suami pun suka mkn lauk ni..so klu korng nak try boleh je.

ni je bahan2nya...

caranya korang tumbuk lumat bawang merah n putih berserta lada itam, gaul dgn ayam pastu perisakan ngan  garam, gula dan pak aji, asam keping, tabur halia (hiris halus) n cili (klu ada daun sup lg wangi) kukus la dalm 30 minit...
jeng
jeng
jeng

dah ready..senang je kan (dlm pic tu aku taruk nenas sbb mmg dah ada kat peti ice tu)..klu korng buat ni pakai ikan siakap lg sedap..tp aku suka buat pakai ayam.

tempah la tiket "BERCERAI" dgn FACEBOOK...hurry up book now..

Semalam baca dlm Harian Metro (surat kabar tajuk je gempaq no satu dimalaysia). pasal penceraian yg meningkat angkara FaceBook (FB)...dikatakan di Eropah ramai yg bercerai gara2 pasangan curang melalui fb. wah hebatnya kuasa fb..hingga cerai berai umah tangga..

aku rasa berita ni mmg kita kn amik tauladan dan perhatian sbb aku pun adakala jelas n gaduh ngan cik soami aku pasal fb ni..terutama bab chating menchating..klu aku n cik soami yg jenis sporting leh gaduh2 manja petah lagi pasangan yg jenis cemburu ..mesti lagi la gaduh2 kan...

mmg tak dinafikan bg sesapa yg gatal mmg leh sangkut kat awek2 dlm fb ni ye la letak gambaq sakan ooo..dgn tak bertudung..seksi meksi..pas tu sesenang je accept friend request dr sapa2 tah yg tak dikenali pas tu senang lak melayan billa orng ajak chat..

tok iman pun tak tahan ooooo...petah lagi manusia biasa yg iman tak sampai suku dlm dada..hehehhe..

so bg pasangan suami isteri..pak we makwe..gay2.. lesbian2..sendiri mau ingt la..klu syng hubungan masing2 jgn ditempah tiket 'perpisahan' melalui fb ni..sbb tak de untung nya..ber fb boley tapi jgn nak melebih2..gunakan akal yg tuhan bagi ni unt jd seorng yg waras di alam cyber

Thursday, January 20, 2011

i tak suker ari ni...oh tidak!!!!

Suka suka je aku tak suka ari ni ek..sian kat ari ni sbb tader salah pepepun ngan aku...sebenarnya ari ni ada 2 peristiwa ...mula2 sebelah pagi..

hero2 aku biasa ratah susu tepung, tp ari ni lepas ratah susu tu dorng main air masukkan dlm tabung susu tepung tu...masyaallah tepuk dahi aku n cik soami sbb tau je la rega susu bukan murah..susu dlm tu lak hampir penuh..baru refill...dah la semalam dorng taruk sambal belacan dlm susu pekat..sama kes gak aku ingt dorng meratah susu pekat..rupa2nya duk kacau sambal belacan dlm tu..dah kena buang semua susu tu..tp susu pekat tak pe la 2 hengget je ni susu tepung yg dorng duk minum ari2..walaupun jenama aku pakai bukan nya susu mahal tp nak beli pek 1 kg susu tu aku tunggu gak time ada promosi...klu promosi kat tesco maka ke tesco la aku klu kat giant maka giant la aku..camne tak poning kepala aku n cik soami..

(gambar kejadian tader sbb duk tepuk dahi je tak sudah)

sebelah petang lak..antu kak limah agaknya merasuk hero2 aku ni..sebelum ni dorng tak pernah usik pokok2 yg aku tanam tp ari ni dorng main kutip2 daun pokok yg aku paling sayang..sampai jd togel cam gini
*
*

arghhhh tensionnya dah la yg dorng patah2 kan dan tarik2 daun tu pucuk baru tumbuh..dah tak nampak chantek pokok aku..orng cina panggil pokok ni money plant..bawak ong..untung!untung!..dulu pokok ni duk kat tepi pintu lani jawapnya kena sembunyikan la sbb pemandangan dah tak indah...

ces benda camgini pun aku nak tulis dlm blogkan? biar le pe orng nak kata...janji besar2 nanti anak aku baca n tau dorng pernah buah salah kat aku..mn tau dorng beli pokok ganti ke...huhuhuhuhuh