Followers

Wednesday, June 2, 2010

AbAh dLm KeNanGAn

Semalam genap 4 tahun abah pergi meninggalkan kami semua...walaupun sudah 4 tahun tetapi memori saat2 akhir sebelum abah dijemput kesana tetap aku ingat dan setiap kali teringat mesti air mata aku cepat je nak kuo..4 tahun lepas pada 31/5/2006 aku sampai ke trg selepas asar, ini ada lah kali ke tiga dlm masa sebulan aku berulang alik antara Key EL n trg..tp kali ni aku gagahkan jugak unt balik sbb berita dr abg ipar aku yg mengatakan abah sampai dah tak boleh minum..hanya air yg dialirkan melalui tisu dan diletakan berhampiran mulut nya sahaja yg membasahkan bibir abah..sesamapinya di perkarangan hospital aku singgah mkn dlu kat kedai mkn bersama along dan abg D...selepas magrib baru aku naik ke hospital..ya sememangnya abah tenat sbb katil abah telah diubah berhampiran kaunter nurse (kebiasaan la 4 biji katil dekat kaunter nurse tu mmg unt orng yg tenat dan setiap hari mesti ada orng yg berada dikatil tersebut meninggal) malam tersebut hanya abah sahaja berada di situ 3 katil lagi sudah kosong...pakcik aku sampai dan bawak roti canai (abah suka mkn roti canai) disebab kan abah dah tak boleh mkn so aku n adik beradik aku bawak roti canai tu kat koridor dgn tujuan unt mengisi perut kami..tiba2 DR dtng dan berbincang dgn along dan Abg D..dr apa yg aku dengar Dr suruh call semua anak2 n adik beradik abah sbb abah cuma ada masa 2 jam sahaja lagi...YA ALLAH...masa tu air mata aku laju keluar..terlalu sedih aku rasakan, aku masih perlukan abah dlm hidup aku, aku nak abah tgk aku berjaya sebagaimana yg dia nak, dan yang paling aku nak adalah abah sempat tgk cucu dia yg masih dlm kandungan aku ni (masa tu adam 7 bulan dlm kandungan) sebelum ini abah pernah menyatakan hasrat nak jaga anak aku memandangkan aku bekerja, 
malam itu semua adik beradik aku berada disisi abah, kecuali alin yg baru bertolak dari klang, sanak saudara dan kawan2 abah semuanya datang, membacakan yassin dan bergilir2 kami mengajar abah unt menyabut kalimah lailahaillalah..air mata aku tak putus bergenang disaat itu...hayat abah masih panjang walaupun sudah 2 jam berlalu tapi abah masih bertarung nyawa..lebih kurang pukul satu aku yg dah agak sarat ni dah tak larat lagi so aku buat keputusan tidor dlm kereta, ada yg pilih unt tidur di surau, ada yg trus landing kat katil kosong tepi abah dan ada yg baring kat lantai...masing2 tak mau berjauhan dgn abah, tp aku tak boleh sbb keadaan aku tak mengizin kan...kerana keletihan aku lena dlm kereta..tiba2 adam yang masih dlm kandungan menendang2 perut aku sampai aku terjaga..tak pernah dia tendang sekuat tu dan bertalu2..bila aku terjaga HP aku pun berbunyi panggilan dr along menyuruh aku naik kat wad cepat2...masa tu mesin yg menunjukkan nadi abah sudah telalu lemah..alin pun baru aja sampai dr klang dan tak sampai 5 minit abah pergi...dan azan subuh berkumandang..dgn tenang abh pergi dan abah beruntung kerana semua anak2, menantu, cucu, adik beradik, ada disisinya mengiring kepermergian abah...pagi tersebut hilang sudah air mata aku..sbb aku redha dan aku senang ati tgk abah pergi dgn tenang...semoga rohnya tenang disana dan ditempatkan bersama orng2 yg beriman...
Setiap detik aku mengingati saat terakhir bersama abah, sekarang anak aku dah dua..setiap kali ingat abah mesti aku akan cakap klu la abah ada...........mesti dia seronok, mesti selalu dia dtng johor unt bermain ngan cucu2 dia, mesti dia bangga dgn anak2 dia yg mn alhamdullilah semuanya sudah stabil dan selesa dalam hidup.
AKU RINDU ABAH.........







6 comments:

PCL said...

alfatihah untuk aruah..

cheqna said...

alfatihah..
moga arwah tenang disana

Mi3Ji3 said...

Alfatihah mertuaku...
Jgn sedih2 syg,sesungguhnya Allah amat menyayangi diorng.
Arwah Md. Din lg la sedih bila pejamkan matanya pabila anak2 dan istrinya tiada disisi...Innalillahiwainnailaihirojiun..

Zaifull said...

Al-Fatihah....

Yang pergi tetap pergi, kita harus teruskan hidup disamping mendoakan yang telah pergi...

p/s: teringat kembali peristiwa kehilangan seorang yang bergelar ayah 17 tahun lepas (26 januari 1993). masa tu tengah form 3

Hana Faza-same person said...

Semoga arwah tenang di sana..

hackerss said...

sedihnya membaca crita sis moga sis tabah ya mghadapi dugaan yg mndatang. be strong k...kgd2 trfikir juga kalaula ayah fana yg g dlu xtaula, mgkin fana xskuat sis. al fatihah buat arwah.