empena Hari Bapa terdetik dihati saya nak buat satu contest (dah lama terniat nak buat tp tak tau nak buat contest aper) So dengan bangganya Cik Puan Dyea ingin mengwarwar kan contest suami ku romantik dan buat aku terharu dibuka kepada semua bloggers...
Syarat2 nya amatlah mudah iaitu,
- Jadi followers blog dyeairdina ini.
- Buat entry pasal suami anda...dalam satu en3 kena buat dua cerita satu pasal perkara paling romantik yang suami anda pernah buat (unt bloggers yg bergelar suami jawapnya tulis la cerita pasal perkara romantik anda pernah buat unt isteri anda) yg kedua ceritakan apa perkara yg buat anda rasa terharu sgt yg pernah suami anda buat (bloggers suami orng cerita la apa korng dah buat sampai bini korng terharu) contoh entry tu ada kat bawah...unt rujukan korng
- Dan masukkan juga gambar paling romantik or sweet anda dan pasangan dalam entry tersebut.
- Lepas itu, sematkan banner kat atas ni di sidebar blog sepanjang giveaway ini berlangsung
- Tinggalkan url entry post anda untuk giveaway ini di comment box entry ini juga ye supaya mudah saya pergi check.=)
Giveaway ni akan tamat pada 1hb August 2010 11.59 malam..
Pemilihan pula dibuat berdasarkan kepada entry yg paling menusuk kalbu, yg mana hakimnya adalah saya dan cik abg
Hadiahnya ialah sehelai levis jeans 501 (mengikut saiz suami pemenang)
(ini hanya gamba contoh..design maybe berlainan sbb stock sentiasa dtng design lain2)
Update : senarai peserta akan saya list kan di sidebar kanan. Check ye kalau tertinggal bagitahu..=)
p/s :Ask me everything kat shout box di sidebar yea
Romantik...lelaki mmg susah jugak nak cari yg romantik..alhamdullilah suami aku berada ditengah2 tak romantik sgt dan tak la tak tau nak romantik sgt..susah jugak nak mengasuh suami aku ni jd seorng yg agak romantik sbb dia berada dlm kategori agak pemalu..tp selepas 5 tahun kahwin suami aku akhirnya membuatkan aku cukup terkejut di hari ulang tahun perkahwinan kami..dia mengambil cuti kerja senyap2 tanpa memberitahu aku..pagi2 dia rela hati menghantar aku ke tempat kerja, tengaharinya (aku halfday ari tu) dia datang amik aku bawak anak2 masuk je kereta aku dpat sejambak bunga ros...dan selepas itu dapat lagi satu hadiah...rupa2nya suami aku dah plan lama unt kejutan2 romantis ni..hehehhe dia siap masuk blog unt cari idea lepas tu bertanya pada kawan2 dlm facebook unt dapatkan idea...ini la saat yg tak akan aku lupakan, suami aku sanggup buang perassan malunya unt hari bersejarah kami...i love u abg...
Banyak benda yg buat aku terharu dgn apa yg suami aku buat salah satu dr nya adalah masa tu dlm kesakitan sbb keguguran anak pertama kami..masa tu kami tak ada kereta..so sejam aku manahan kesakitan kat rumah..pukul 2 pagi suami aku kejutkan jiran tp dorng tak terjaga..lastnya suami aku kebalai polis mintak bantuan..tak
lama kemudian ambulan datang, masa tu aku dah pucat sbb hilang banyak darah, abg dukung aku dari tingkat 3 (duk umah flet je masa tu) hingga ke bawah unt dibawa ke hospital..semasa dihospital dia sanggup tak balik sbb nak tau keadaan aku..dia sanggup tido dekat kaki lima hospital bertemankan nyamuk..pepagi lagi dia balik ke rumah semata2 nak mencuci darah aku yg menitis dari tingkat 3 ke tingkat bawah dan selepas itu dia datang ke hospital lagi.....sedih aku tgk dia masa tu..keletihan tak cukup tido dan kesedihan..dia sama2 menangis dgn aku masa aku dlm kesakitan kat rumah....
Alhamdullilah aku bersyukur sgt dpt berjumpa jodoh dgn nya..bersama2 membina rumah tangga..dari kehidupan kami yg tiada apa2 dlu tp sekarng kami memiliki segala-galanya,,anak2 yg comel, tempat berteduh yg selesa, dan yg penting seorng suami yg sentiasa mengambil tahu pasal aku..menyintaimu adalah satu kebanggaan bagi ku...