Followers

Tuesday, May 4, 2010

Bg anda yg masih mempunyai ibu n bapa..

Salam pagi selasa...hari ibu bakal menjelang tiba disini saya ingin kongsikan pula pengalaman seorang anggota bomba yang sering berhadapan dengan keadaan gawat lewat kemalangan ngeri dan bunyi geruh nafas akhir serta wajah-wajah kematian. Saya kongsikan cerita beliau;

Pada satu kemalangan dahsyat di lebuh raya yang melibatkan sebuah kereta, sepasang suami isteri dan seorang bayi. Kereta yang dinaiki mereka telah hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dengan hentaman maksima. Kereta remuk sepenuhnya. Di tempat duduk pemandu, si suami telah terkulai, badannya terlungkup pada stering dia mati dengan kecederaan teruk pada tubuh dan kepalanya.
Di sebelahnya pula si isteri sedang bergelut dengan kematian, tubuhnya tersepit di situ terkapit di antara tempat duduk dengan keluli pejal kemek seperti ragum maut yang menggigit rapat.

Alangkah sukarnya saat itu, pada pipinya tertusuk-tusuk kaca cermin hadapan yang pecah, sedang kulit dahinya terkoyak sehingga menampakkan putih tulang tengkoraknya kesan tujahan keras dan hantukan kuat semasa titik hentaman berlaku. Tulang bahu kanannya pula patah , tulang itu tercungkil keluar mengoyakkan daging dan kulit bahunya, tangannya terkulai.

Pada saat ini ketika darah merah pekat mencucur keluar dari tubuhnya dan kesakitan tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata, dengan isyarat longlai dia meminta pada bomba untuk diberikan padanya anaknya yang terselamat, bayi itu masih dalam bedungan sedang menangis kuat . Si Ibu dengan lelehan air mata bercampur darah, dalam tangisan pilu penuh sayu mendakap anaknya seakan tidak mahu berpisah dengan jantung hatinya . Dalam seribu kepayahan, si ibu pada saat itu menyingkap bajunya dan menyusukan anaknya. Dalam saki baki nafasnya itu ia memeluk anaknya, merangkul erat dan disuapkan lautan kasih sayang dalam aliran air susunya kepada mulut comel yang rakus menyusu.

Kasih ibu seputih susu sebening firdausi. Dalam nafas sukar itu dada si ibu berombak-ombak, nafasnya tersekat-sekat…sesaat kemudian dia memejamkan matanya yang menangis, roh berangkat pergi buat selama-lamanya. Meninggalkan anaknya bersama tangisan memanjang dalam episod kasih yang tidak kesampaian….

Drama ini menitipkan secebis kisah ajaib tentang kasih seorang ibu pada anaknya. Sekali lagi alangkah tragis kisah ini, ia begitu menyayat rasa.Dalam nafas yang dalam saya berfikir tentang harga kasih seorang ibu. Luasnya Rahmat Ilahi.

Begitulahseorang ibu, Allah memberikan mereka ‘rahim’ kerana mereka kaya dengan kasih sayang . Dalam belaian mereka kita bernafas, dalam kasih mereka kita bernadidan dalam pengorbanan mereka kita ada pada hari ini.

Hukum alam mewartakan, ketika kita sedang berada di puncak putaran hidup, mereka pula meratah usia kian tua. Mereka tidak lagi bernafsu untuk makan atau hiburan lain sepertimana kita, kegembiraan begitu tercatu buat mereka pada usia begini.

Namun mereka punya memori indah dengan kita. Kita yang digomol sewaktu kecil sehingga dengannya kita tidak merasa kesunyian. Ketika demam mereka tidak tidur sepanjang malam berjaga. Ketika ketakutan mereka memeluk erat menenangkan kita sehingga boleh melelapkan mata. Ketika dalam proses membesar, kita meminta itu dan ini. Kita mungkin mendapat semua atau sebahagiannya, tetapi kita tidak pernah tahu cerita di sebalik semua itu mungkin ada kesukaran yang tak diceritakan .

( Saya pernah terjumpa seorang ibu yang menangis tersesak-esak di sebuah masjid kerana tidak punya wang yang cukup untuk membayar yuran yang diminta oleh anaknya sedang dia tidak punyai jumlah wang itu dan dia tidak memberitahukan ini kepada anaknya...) Itulah yang mereka ada, memori indah bersama kita.

Tetapi malangnya memori itu hanya di pihak mereka sedangkan kita tidak mengingatinya lagi kerana sedang sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah habis-habis.

Di titik perselisihan inilah menjadikan mereka terabai. Mereka melalui hari-hari yang kosong tanpa ingatan anak-anak, melalui malam-malam sepi tanpa sinar belaian cahaya mata dan mereka berada di penjuru dunia yang terasing membilang saki baki hari dengan butir tasbih sunyi sebelum berangkat pergi ke daerah barzakh di alam lain buat selama-lamanya. Peritnya mereka di penghujung usia sedang warna hidup kita meriah sekali dengan derai tawa ria rakan-rakan dan limpahan kesenangan yang gemerlapan. Marilah dengan jujur bertanya,

bilakah kali terakhir kita menghubungi mereka?

Bilakah kali akhir kita mendoakan mereka setulus hati?

Bilakah kali akhir kita menuturkan sayang dan rindu pada mereka ?

Bilakah kali akhir kita ambil berat tentang masalah mereka ?

Bilakah kali akhir kita berjenaka dan mereka ketawa ?

Bilakah kali akhir mereka bercerita sedang kita mendengar dengan tekun dan mereka seperti tidak mahu mengakhirinya kerana pendengar itu sangat berminat untuk mendengar ?

Bilakah kali terakhir kita bersalaman untuk pulang, mereka memeluk dan di dalam hati mereka ada getar begitu sukar melepaskan kita pergi?

Carilah jawapan dalam selaut rasa, biarkan hati yang berbicara bukan sesiapa memaksa, semoga nanti kita menghargai sesuatu yang paling bernilai...hati seorang ibu dan perasaan seorang bapa!

(Apakata... selepas membaca artikal ini kita hubungi mereka dan tuturkan sayang dan rindu, ketika waktu masih mengizinkan untuk itu...)

Di sebalik semua ini adalah mencari redha mereka, di sana ada redha Ilahi dalam jambangan ketenangan yang hakiki.

Bagaimana mungkin redha Ilahi diraih sekiranya syarat mendapat redhaNya tidak dipenuhi? Bagaimana mungkin Allah menilai sayang kepadaNya sedangkan kepada insan yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi kitapun tidak kita endahkan? Bagaimana Allah akan memberi keredhaanNya dalam hidup ini sedangkan airmata seorang ibu tidak pernah kering mengalir, luka hatinya tidak pernah sembuh disayat sembilu?

Jawapan kepada semua persoalan itu adalah sebuah pemburuan yang menentukan perkara yang terpenting di dalam hidup ini; Sebuah keredhaan Allah sebuah ketenangan hakiki!

Salam kasih sayang.

Sunday, May 2, 2010

Diari hari cuti cik dyea

Hari2 cuti ni tak de la rancang nak buat aktiviti pepe..so aku dah bersiap sedia beli novel baru..semestinya RAM (Ramlee Awang Murshid)la menjadi novelist pilihan aku..sequel bagaikan putri..HIJAB SANG PENCINTA..tak bergerak oii baca citer tu..tp aku rs tak puas ati ngan ending dia..laksamana sunan pujaan ati aku wataknya dimatikan...warghhhhhhhhhhh tak puas la nak lagi, nak lagi, nak lagi...


tak sampai sari dah abis baca so buat la lain punya aktiviti..mula2 g tgk wayang..IRON MAN..

*

*

(yg dlm troli tu namanya TROLI MAN kuasa dia sama je ngan iron man tau)

citer yg menarik tp jln citer cam slow skit...tgk citer ni kat skudai parade..sementara nak tunggu masuk tgk iron man sempat lagi layan hero2 aku main games seround dua

dan biasala bila dah tgk wayang, jln2 itu ini..main kejar2 mesti la lapar, so layan DOMINO pizza la plak..i likeeee...kenapa domino? sbb mkn tak muak..klu pizza hut paling banyak aku ley balun cuma 2 slice je tp klu domino ni yg thin crust aku ley abiskan satu yg regular punya..jgn tak caya..so pas ni sesapa yg biasa duk layan pizza hut ley la try domino laks...

Domino's Seafood supreme
*
*


BBQ chicken wings
*
*

Chinnastix bread
*
*

Saturday, May 1, 2010

Aku Di Goda dan Akhirnya Terpengaruh...

Bukan senang sesapa nak pomot aku unt beli kosmetik unt kecantikan kulit nih..mmg tak pernah lagi la yg berjaya buat aku beli something yg berkenaan kecantikan nih...tp akhirnya aku terpengaruh jua kerana satu perkataan "1 sold every 4 second in JApan"

aku terbaca artical pasal hada labo ni kat blog red mummy..jadiknya tgk la apa akan jd kat aku pas ni klu bertambah cantik cam kulit orng jepun...akan ku warta ka pd seluruh warga blog...tp klu tak berubah gak still muka ubi kayu jadiknya maka akan aku war war kan jugak...
*
*
*

Friday, April 30, 2010

AkuLA CindeLeLaLaLaLaLA Li Tamplong

Kali ni aku rasa macam dah jadi cindelela lak..tapi aku beruntung skit sbb tak kena dera dek mak n kakak tiri..yg selalu dera aku cuma anak2 yg suka mengamuk n buat perangai..heheheh..tgh ari my cik abg jemput dr tempat kerja buka je pintu si adam bagi ni
*
*
*

belum abis aku senggih sbb hepi sgt, tgk2 perut si ice tu buncit semacam jerks..uper2nya dlm bj dia ada ni

*
*
*

duk dlm keta aku tak ley tutup mulut asik senggih je mcm kerang busyuk..sampai aku rasa mulut aku kejang sbb senyum..ish..ish..ish tak terjangka lah cik abg nak buat surprise camgini..dgn adiah yg aku tak pernah terfikir dr cik abg..teng Q a lot my dear..taun depan buat la suprise lagi...i likeeeeeeeee
ada lagi agenda tersembunyi dr cik abg..di bawaknya pulak aku ke kenny rogers, sepedek kat sana..yum yum yummy...cik abg cam biasa la set quater plate blackpapers aku lak try menu baru quater plate BBQ..not bad tp x ley lawan blackpaper sos punya..nah unt tatapan mata korng klu tinggin ley p kedai pak cik kenny mkn n bayar sendirik k
*
*
*

tak abis kat sini ce cerita cinderela ni pas balik umah, kami tertidor sbb keletihan ye la jln2, kejar hero2, mkn2, kejar hero2 lg, shoping, kejar hero2 lg...banyak mengejor dr kena kejor tu yg letih tu
mlm tu bermula la acara buat kek (dah pandai buat sendiri dah kata cik abg, sbb tu aku dah tak beli kek kat kedai), ni la chefnya
*
*
dan hasilnya....coklat cake with cream cheese spiderman (terpaksa buat ikut hero2 punya paberet padahal aku nya anniversary buat la deko yg romantik skit)
*
*

hero aku siap tanya "mama mn labah2nya?"
n for our dinner ini je mampu aku sediakan sbb dah exhausted sgt dah..
*
*

manakala untuk suami tercinta..ku hadiahkan benda tak seberapa ini unt mu..semoga kasih kita berkekalan selamanya.Amin...
*
*

sesungguhnya aku rsa aku lg bertuah dr cinderalela sbbnya zaman dia dlu putra jemput pakai keta kuda tak de keter lagi, tak de kenny rogers lagi dan yg paling penting putra dia tak pandai cakap bahasa melayu..dan dia tak de hero2 mcm hero aku yg banyak keletahnya........hahahahahahaharun salim bachik

AlaHai..Dah Kn Cerai, Cinta Pun Putus..INsaf bila lagik..kihkihkih

MAap yer bkn aku yg kena cerai n kekasih lari...aku masih bahgia bersama cik abg n anak2..yg aku nak kisahkan ni adalah cik KD (kris dayanti) ala si pembawak lagu "aku wanita biasa" tu la
alamak aii mcm dah jd ruangan sok sek sok sek lak...
mlm td terbaca dlm metro..ini la dunia ek tuhan nak balas trus bg cash kat dunia ni gak..klu ikt sorat kabar sblm ni mengatakan KD ni bercerai sbb ada orng ke 3 (bukan aku yg kuo statement k tp wartawan yg tulis) very de plik biasanya lelaki yg ada pompuan lain tp ni si KD ni yg ada lelaki lain almaklum la jutawan beb...dah la kena cerai hak penjagaan anak pun kat suami dia (klu aku la pepehal anak la yg aku nak tuntut-harta paling mahal tu-) tup2 hubungan terlarang pun dah putus ek..katanya sbb tau jutawan tu dah ada bini...ala takkan la selama ni tak bley hidu....zaman sekarng semua bley petik dpn mata..lain la klu zaman dolu2..logik gak kak KD oiiiii
so moral behind the story....setia la dlm perhubungan dan jaga la keluarga kita kerana ingat la wahai umat manusia dunia ni berputar di paksi yg sama..pusing2 kita gak yg kena kembali (what goes around will be around-tul tak ayat aku nih?) klu nak baca details ley g
*
*
Sini
(petikan dr HArian metro 29 april 2010)
"Baru-baru ini, KD mengejutkan peminat apabila membuat pengakuan dalam satu sidang media di Indonesia mengatakan percintaannya dengan jutawan dari Timur Leste, Raul Ramos, sudah berakhir dan dirinya tiada lagi kaitan dengan lelaki berstatus suami orang itu."
*
*
*


ni la rupanya janda dr seberang KAK KD kita..(bg sesapa yg tak familiar ngan dia ni la..tp yg pasti mesti kenal kan?kan?kan)

KaRaNgAn MeLaMPaU..iSh..iSh..Ish

Karangan Melampau-petikan dr mjalah ujang masa zaman aku sekolah dulu2

Karangan ni tak pernah bosan aku baca n aku rasakan ni la karangan terhebat yg patut menang anugerah nobel....

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Thursday, April 29, 2010

Sembang Kedai kopi PAgi Khomis

Mak ai tgk titlenya macam la tgh ber wifi kat kedai kopi pepagi ni..dah kat opis pun malahan tak de minum kopi pun pagi ni...tp saja saja je nka buat tiltle tu sbb sembang mmmg sinonim ngan kedai kopi betul tak? hari ni ada la idea unt bbrp N3 tp tak bley la nak buat lagi sbb hari ni aku kena berusaha gigih membuat aku punya report..perkara paling aku dan korng yg kat luo sana pun tak berapa rajin nak buat setiap bulan..
borak2 pagi ni aku mulakan dgn berita gembira bg diri aku n cik abg...mengandung...NO LA...berita bestnya aku dah jadi manusia normal (macam la aku alien sblm ni ek) semalam g follow up aku nye kes kat hospital..kes apa bley tgk kat sini...cik dokto sah kan aku nyer beta HCG dah 3.9..makna nya aku punya hormon dah normal n tak payah pikir pasal kimo lagi...LEGANYAAAAAAAA..tp aku still kena followup ngan spital dua minggu dr skrng ..klu ok maka pas ni sebulan sekali je la kn follow up, tak de la letih sgt aku nak p spital jerks tiap 2 minggu.
apa lagi nak borak ek sblm aku buat kije yg melambak ni...ha mlm td aku bercita2 nak msk lemak telur n ikan kering unt cik abg n hero2 aku tp tak sempat la td terMALAS nak bangun so sadin je la lunch dorng nanti...i'm sorry...
Sampai pepagi td dpt call marah2 pasal system down (IT depatment)..aku yg br sampai tak tau pepe..mengangga je la kena bambu..so skrng aku kena benti menaip sbb aku kn investigate...kenapa?mengapa?...so tgk la memalam nanti klu wifi kat tmpt aku tu ok maka ada la N3 terbaru..Chowwwwwwww...