Followers

Saturday, July 16, 2011

satu kehilangan yg terindah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada 4 hari lepas iaitu Tanggal 13hb...aku telah kehilangan seseorng yg yg aku syng..

sedekahkanlah AL-FATIHAH unt nenda ku FATIMAH BIN ALI

tp aku redha dan aku rasa detik2 kematian yg aku alami adalah satu detik yg indah sbb aku sempat bg nenek minum susu (nenek hanya mampu minum susu yg dialirkan melalui tiub shj), menukarkan lampin pakaibuang nya, menyikat rambutnya, membasahkan tubuh dan bibirnya...sesuatu yg dulu aku tak dapat buat semasa saat akhir hidup arwah abah dan atuk aku..

sesungguhnya tuhan lebih meyanyangi dia...2 hari sebelum kematiannya sesampainya aku ke kg nenek sudah tidak mampu membuka matanya..seperti orng koma nenek terbaring tidak sedarkan diri..
pukul 3.30am 13/6/2011 nur dyea irdina sudah bgn seperti tahu moyangnya akan pergi..disebabkan pukul 4am waktu unt memberi nenek susunya (setiap 4 jam susu trsebut harus diberikan if not tubuh nya akan menjadi panas) maka aku trus bgn dan Dyea aku letakkan disebelah neneknya..dia tak menangis malah menunggu aku habiskan kerja2 aku..selesai bagi susu unt nenek baru Dyea tidur..aku dan mak still berjaga sbb masa tu kedengaran nenek bernafas dgn kuat..selepas subuh aku kejutkan seisi rumah unt baca yassin krn  nampak macam nenek dah nazak..tak sempat bacaan yassin dihabiskan nenek telah pergi...Alhamdullilah nenek pergi dgn tenang malahan dia membuka matanya buat terakhir kalinya sebelum nafas terakhirnya.

segala urusan pengebumian berjalan lancar sebelum zohor jenazah nenek telah selamat di kebumikan..Alhamdullilah segalanya lancar..malahan aku sempat menolong orng memandikan nenek..saat menkafankan aja aku tak sempat sbb Dyea menangis masa tu..tp aku rasa puashati sesangat sbb walaupun sedikit dan sekejap sahaja aku sempat berbuat sesuatu unt nenek.

klu korng nak tau aku kecik2 dulu mmg anak nenek..aku tinggal ngan dia n atuk aku sampai aku darjah 6. sbb tu bila tau dia kena stroke n k hospital aku menangis cam nak banjir umah aku..nasib baik keputusan unt trus blk ke kg unt menjegguk nenek adalah keputusan yg tepat sbb ini la kali terakhir aku dapat melihat nenek.

sesungguhnya seorng hamba ilahi telah selamat bersemadi dgn tnang dan aman..macamana kita yg masih idup ni nanti ek? bagaimanakah cara kematian kita? adakah orng 2 kesayangan kita disisi? adakah segalanya dipermudahkan olehnya? ....

10 comments:

Bionic women said...

Alhamdulillah, sempat buat semua tu..
menunjukkan kasih kita utk dia buat kali terakhir..
Takziah atas pemergian nenek.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan roh2 org beriman..

Al fatihah...aminn

syuxer said...

mujurla akak sempat bersamanya buat kali terakhir..:)

al-fatihah untuk arwah nenek akak..T_T..

semoga rohnya ditempatkan dikalangan roh2 orang yang beriman..amin..

Rohani Hashim said...

Alfatihah...semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman ameen...

Adzrien Shoppe said...

kak liza pun sedih baca ni. alfatihah buat nenek tersayang.

al-brangi Online said...

Takziah diucapkan.
semoga rohnya ditempatkan bersama2 dgn roh-roh yg mendapat Rahmat dan NikmatNYA. Al-Fatihah

Cik Ina Do Do Cheng said...

Dyea, maafkan cik ina sebab dah lama tak kujung blog dyea, harap kat rumah , kat opis URL blog dyea ni kena blocked.

semoga roh arwah nenek ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. amin harap dyea ngan family tabah ye.

Hana Faza-same person said...

semoga arwah dikalangan beriman..amin

Anna said...

Takziah..moga rohnya aman dan tenang disana..ditempatkan dikalangan org2 beriman dan bertakwa..

Arfariena said...

semoga arwah nenek ditempatkan bersama org2 yg beriman.. Amin!

MIMIE AIZA said...

alfatihah.. semoga arwah dicucuri rahmat