Followers

Wednesday, October 13, 2010

TiDo Yg SunAt Di Kejutkan.....tp yg ni la biasa orng marah bila kita kejutkan...

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut: 

Pertama: 


Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata: 


خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه
بالصلاة أو حركه برجله 


“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah) 


Kedua: 


Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.
 
 
Ketiga: 

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang. 

Rasulullah saw bersabda: 
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة 
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tang gungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah) 


Keempat: 


Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi saw bersabda: 


إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah) 


Kelima: 


Tidur waktu subuh. 

Nabi saw bersabda: 
الصبحة تمنع الرزق 
“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata: 

  
الأرزاق تقسم وأنت نائم 
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.” 

Keenam: 


Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata: 


كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها 

Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih) 


Ketujuh: 


Tidur lepas solat asar. 

Nabi saw bersabda: 
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه 
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan: 


Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman. 

  
Kesembilan: 

Perempuan yang tidur menelentang . Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian. 

  
Kesepuluh: 

Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda: 

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله 
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata: 

قم واقعد فإنها نومة جهنمية 
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah) 

Kesebelas: 

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda: 


رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم
الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء 

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. 
  
Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Kedua belas: 


Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda: 


إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم 

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”
(Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir. 

Terkena Buatan Orng...

RAya dah abis...yg tinggal hanya la poser yg lum berganti lagik..hahhahaa...baru aku bercita2 nak aktif berblogging balik..dgn semangat baru dan semangat berdentam dentum tiba-tiba...aku jatuh terkulai angkara buatan orng....lemah tak bermaya..asik muntah2...mkn tak lalu...nak tido je memanjang...
umah aku dah jd cam aper dah...tak sempat aku nak kemas2..nak basuh pinggan...tunggu cik abg la balik unt setllekan semua ni...

Jawapan bg sakit yg aku alami ni terurai ketika berjumpa doktor...dan sememangnya kau disahkan sakit buatan orng...dah 2 bulan dah...hehhehehhe tahniah unt diri sendiri...cik abg dan anak2 kerana bakal dapat orng baru lagi 7 bulan.....

so jawapnya blog aku ni still tak akan berapa aktif...sbbnya aku alahan yg agak melampau truknya dan aku lagi suka tido dr mengadap laptop ni....

Sunday, October 3, 2010

Marhabban..the best part of raya

 nasib la tak lama tersadai kat TRG..TQVM to my sis sbb bg pinjam keter unt aku pakai dlu sementara kete siap...dapat la balik Johor...

sonok raya kat johor ni sbb kat TRG sminggu dh tak de raya dah tp kat johor ni sebulan mmg beraya la..dan the best part adalah marhabban...taun lepas pengalaman pertama yg aku kutip...taun ni tak sabar tunggu acara marhabban ni...unik dan bagus unt megeratkan silaturahim...negeri mn lagi ada buat marhabban ni ek? sblum ni aku duk kat KL, selangor n TRG mmg takde marhabban ni..


taun ni lg meriah marhabbannya sbb sekolah tadika adam pun ada buat...tak dapat aku bayangkan camner cikgu2 tadika adam nak hendle bebudak ni p dr umah ke umah...hehehhe
meriah betul dlm 30 orng jugak bertandang kat umah ni...pas tu budak2 n cikgu siap bermarhabban kat umah..



aku just buat bihun, cup cake n beli air kotak unt dorng..tu pun bihun sikit je luak sbb masa dorng sampai umah aku tu dah umah ke 3...mn tak kenyang...


tp satu pengalaman baru yg bagus unt budak2 ni...taun depan akan ku tunggu lagi tadika yayasan johor caw bandar baru kangkar pulai datang bermarhabban kat umah..


marhabban kedua adalah marhabban lorong 10...lorong umah aku la tu...baru je mlm td tp tak de pic sbb misunderstood antara aku, lakiku n adam...hahhahaha nasib ada orng pulangkan kamera...


meriah cam taun lepas gak lepas kaum lelaki selesai marhabban kaum pompuan lak masuk tp bukan masuk marhabban masuk borak2 kenal2 tuan umah sambil jeling2 apa perubahan kat umah tu unt taun ni (ekekek...)


n the klimaks is majlis makan2 kat umah paling last sekali...kita orng kumpul duit n tempah mkn...so tiap umh tak yah sediakan mkn..tp mlm td aku tak ley mkn..rasa meyampah tgk nasik...benci betul la bila alahan camni..perut lapar tp x ley mkn..so minum je la kan tak pepasal aku muntah kat umah orng..

Marhabban dibulan syawal akan kunanti munculmu pada taun depan....

Raya..raya ..raya yg dah sampai klimaksnya...hehehe

RAya 2010...tak sabar aku nak tunggu sbb taun ni giliran raya pertama kat umah mak aku..dgn tema gold...

cam biasa la dipagi raya lepas semayang raya mesti seisi bergambar n bermaafan..
cam biasa jugak la pusing2 malaya p umah sedara mara..saat ni mmg aku suka sbb konvoi reramai ngan keta cam rombongan nak g meminang la plaks..
so raya aku tak de pe yg luar biasa...biasa2 je cam dulu2..yg seronok raya anak2 aku je la sbb salam je dapt duit...
raya ke3 beraya kat umah ibu mertuaku...ari ni kami sepakat nak p pasir raja unt mandi manda air jeram...so dlm kul12 5 bijik keter kami konvoi p sana...alkisah aku ni alah ngan sejuk tp sbb sot tgk ipar2 aku berendam so aku joint last nya aku sesak nafas tak leh nak bernafas..aku ingt umur aku takat tu je la kot...nasib panjang umur lg...tu baru satu hal..time balik lak keta aku terbabas kat selekoh sbb jln licin br pas hujan..berpusing 2 kali gak la keter tu dan kebabom tersadai tepi pokok2...nasib bukan gaung kat situ




so terdampar la aku kat trg sbb unt balik ke johor aku tak ada kenderaan..so cik abg sorng je balik sbb dia kena p kije...