Followers

Sunday, January 8, 2012

taun ni masuk pra unibersity

ces berangan tak abis..anak baru masuk pra sekolah dah di uar2kan masuk unibesity...
taun ni adam bertukar sekolah setelah 2 taun tadika YPJ taun ni 6 taun aku masukkan dia pra sekolah
ni la rupanya orng smgt nak g sekolah

tp cian dia uniform tak dpt lg..

first day-rabu
aku antar sampai depan kelas..aku chow blk umah kul 11.30 aku amik tgk dia duk jln2 lenggang2 kangkung sambil mkn donat..dlm keta dia citer teacher bg donat yg lebih mkn td unt mkn lg,,pagi td sampai sekolah teacher bg mkn conflakes..dia ckp dia penat..sbb kn bgn awal..tp aku terpaksa bawak dia g kedai unt cr suo trek n tee putih sbb esok nak pakai bj tak de..almaklum la tunggu uniform x dapat dapat..lom sampai umah adam dah fensang lam keta..letih sbb kul 6.30 pg dah kn bgn.

second day-kamis
ari ni adam nak bawak beg sekolh sbb ramai kawan2 bawak beg walaupun teacher kata tak yah bawak..tp tau je la kan budak2 sekolah n beg sinonim..aku tak sempat beli beg baru unt dia aku suh dia bwk beg lama..sian dia beg tu zip rosak..tp dia selamba bawa jgk dah la beg buruk...blk sekolah dia bawa blk sebungkus nasik..katanya td dia mkn tak abis teacher suh bwk blk..nasi ambeng tuh..sedap je aku tgk..dia citer lg kawan2 gelakkan dia sbb beg buruk..aku tanya dia jawap apa..dia kata dia jawap tak baik cakap macmtu...hehhe bangga sekejap ngan jawapan adam tu..

third day-jumaat
aku tak sure ari ni kn pakai bj apa..hahha so aku belasah bg adam pakai bj melayu...adam blk sekolah n ckp teacher ckp x pyh pakai bj melayu kn pakai bj tee putih.,,,hahhaha glamer anak aku ari tu kot sbb dia sorng je pakai bj melayu dlm sekolah tu..siap adam bg duit singgit n borng nak kena isi (bosan la nak kn isi details yg sama je sejak dr isi borng permohonan hingga la borng itu ini semua benda yg sama)

so semalam saturday aku bawak dia pergi beli beg baru....so esok dpt la dia bwk beg baru ke sekolah..

pagi ni pun dah bg tau tak sabar nak ke sekolah esok..seronok sbb dia kata teacher bg dia main mainan sbb dia kaler cantik...tp aku pun tak pasti semangat sbb nak tunjuk beg baru dia or mmg betul best giler sekolah baru dia tu..hehehhehe apaapa je lah anakku janji adam suka nak ke sekolah.

Saturday, January 7, 2012

aku pon ada la beskel flexi..merah lagi tau....

hahhaha ni la statement dr mak budak yg tak sedar diri
bukan flexi pon tp hanya ini
*
*
*
beskal unt beriadah petang ari...wah sungguh seronok rasanya naik beskal sambil diekori 2 jejaka encem kat belakang...
sekarang ni petang je aku n hero2 akan ronda area perumahan kami ni...sambil ronda sambil dpt berita terkini..hahhahah sempat lg tu...dah namanya pompuan peramah kan....

Thursday, January 5, 2012

amalina oh amalina

semua orng dah tau perihal dia..so x pyh la nk citerkan...kita citer pasal lain je yer..sj pkai tajuk nama tu sbb 2-3 menjak ni semua orng sibuk nak cr citer psl dia...kita citer pasal ni yer...
*
*
*


Belajar Syukur daripada Buah Tembikai 


Seorang lelaki soleh pulang ke rumah membawa sebiji tembikai. Tembikai yg dibelinya di pasar itu diserahkan kepada isterinya untuk dibelah. Sebaik sahaja tembikai itu dibelah, isteri orang soleh itu segera merasanya.

Didapatinya rasa tembikai itu sangat tawar. Apa lagi, keluarlah rungutan dari mulut si isteri disebabkan tembikai yang tawar itu.

Melihat keadaan isterinya yang tidak habis-habis merungut, orang soleh itu pun berkata, “ Saya yang membeli tembikai itu di pasar”.

“Ya saya tahu,” jawab isterinya.

“Pada pendapat awak, ketika saya membeli tembikai di pasar tadi...apakah saya ingin tembikai yang manis atau yang tawar?”

“Tentu awak hendak yang manis”, jawab isterinya.

“Ketika penjual buah-buahan di pasar menjual tembikai itu tadi, adakah dia ingin menjual tembikai yang manis atau yang tawar?” tanya orang soleh itu lagi.

“Tentu sahaja dia hendak menjual tembikai yang manis”.

Orang yang soleh itu berhenti sejenak. Kemudian dia bertanya lagi. “Ketika peraih buah tembikai itu menjual hasil tanamannya kepada penjual di pasar itu, apakah dia hendak penjual tembikai yang manis atau yang tawar?”

“Tembikai yang manis, tentunya.”

“Ketika pekebun menanam pokok tembikainya dahulu, apakah dia inginkan buah yang manis atau buah yang tawar?” pertanyaan orang soleh itu mula meleret-leret.

“Tentu yang manis.”

“Ketika awak membelah buah tembikai sebentar tadi, adakah awak inginkan buah yang manis atau yang tawar?”

“Saya inginkan yang manis..Kenapa dengan semua pertanyaan ini?” soal isteri.
Orang yang soleh itu tersenyum lalu berkata. “Kenapa semua inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawarrasanya!”
Isteri orang soleh itu terdiam.

Marahkan siapa?

“Jadi, ketika awak marah-marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah yang memutuskan buah itu tawar rasanya. Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yang membeli atau awak yang membelah, atau pekedai yang menjual atau penanam yang menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar itu?”

Salah satu daripada adab makan adalah jangan mengecam makanan sekalipun makanan itu tidak sedap. Jika tidak suka, tinggalkan sahaja. Daripada cerita di atas, kita faham bahawa rezeki kita semua ditentukan oleh Allah s.w.t. Jika kita mengecamnya, ramai orang yang akan terasa hati.

Mungkin emak atau isteri kita yang memasak,ayah kita yang membeli atau diri kita yang merasanya. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedari, kita seolah-olah ‘mengecam’ allah yang mengurniakan rezeki itu untuk kita.

Iktibar daripada cerita orang soleh dengan tembikai adalah, kita mesti belajar bersyukur.Jika kita tidak syukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan syukur dengan yang banyak? Demikian, Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan!

Wednesday, January 4, 2012

2012 first entry

using my new lappy samsung RV413 unt first entry bg taun ni..hehhehe
alhmadullilah niat nak mengantikan dell lappy dah tercapai so pas ni tak de gaduh2 ngan anak2 dah sbb nak guna lappy ni..

insyaallah lepas ni ari2 akn ada enty dr aku...best best..aku mmg suka sgt nak menulis kat blog aku ni
ok la semua salam tahun baru...semoga success dlm apa jua yg dilakukan...dgn pesanan akhirat n dunia biar la seimbang..

Wednesday, November 30, 2011

wordless wednesday yg pot pet pok pet

salam 

ari ni wordless wednesday..tp aku tak kira aku nak cerita ceritu jugak..sbb lama tak hapdatekan...

mula2 nak citer aku keciwa...keciwa sngt....bukan sbb masalah bergaduh ngan laki sbb laki tak nak belikan perabot baru yer...hehhe tp sbb mlm td cerita CINTA ELYSA tak kuo gara2 ada siaran langsung lain...perghh dr petang aku tunggu tau..tup2 tak de...

lepas tu cerita basi plak aku nak hapdate kat sini...cerita masa convo hero sulung aku...bukan konvo unibersity pon tp pra sekolah..hahhahha...taun ni hero aku naik pentas sbb dapat no 1. tak tersangka sgt..lepas tu airmata rasa nak keluar tgk dia naik pentas..tu baru dia kat tadika klu dia kat unibesity mau aku tergolek meraung depan pentas..huhuhu
sesungguhnya itu la perasaan seorng ibu yer bila tgk kejayaan anaknya...

 heheh interprame sket...lates pic..anak dara saya
 enterprame lagi..heheh ni kek besday mak budak pada 7/11...hehehhe gila glamer ke hapa nih?
 hero sulung sy muhammad amrul adam...muka time ni sebijik cam bapak dia..huhuhu
 ni lagi muka bapak dia..huhuhu insyaallah besar nanti nak jd doktor..
 untung budak zaman sekarang ek..tadika pun majlis grand cam unibesity
 tahniah amrul adam...taun depan no 1 lg ye..leh ambil adiah lagi..leh buat mama n papa bangga lagi
 enterprame lg....amik aura orng no 1 skitttt
 oh lihat la dunia!!!!!
 oinjam je ni....sian lak dia nanti kata orng tak amik pic dia
ini la dia tunjang kepada kejayaan hero sy..tq so much..cikgu cikgu tadika tunas inovasi.....jasamu tak ku lupa..pree pree meh lunch kat umah...hehehhehe bodek la tu



hapdate seterusnya..hehheheh nanti sambung la banyak kerja nak setle ni...customer pun dah masuk kedai....hehehhe kedai...lupa nak cerita ceriti aku dah buka kedai borong on9...borong kids appearel..JOM BORONG namanya...korng rasa nak memborong meh la..ce wah pomot nampak....hehhe alhamdullilah rezeki drnya...

Tuesday, November 8, 2011

ROTI CANAI MADU 3

ingat manusia ke leh bermadu dan kena madu? roti canai pon ada la...tak caya leh la berkunjung ke rumah mak aku kat kg bukit tunggal kuala terengganu ni...

hahahha alkisah nya roti canai madu 3 ni adalah kedai roti canai depan umah mak aku..dia punya roti canai n karinya perghhh mabeles giler...karinya pakai ikan yer..n rasanya mmg buat aku leh mkn sampai 3 bijik..hahhaha...

bekpest pagi aku n adik2 serta anak buah duk kat kedai tu mkn rotinya...dinner pon sama..agak2 bajet orng kedai tu muak tgk muka kitaorng maka kitaorng tapau mkn kat umah aje...dgn ertikata lain hampir dua minggu kat umah mak aku ni almost everyday aku mkn roti canai madu 3 ni...
(gamba pinjam ngan pakcik goggle jew)
kenapa madu 3?

sbb tuan kedai a.k.a tukang tebar roti tu berbini 3..hahahha klass ko...korang ada bini 3? tak de kan tp brader ni sampai 3 bini dia...dua duk kat kedai tolng dia menega sorng lagi cikgu...

so sesapa nak try rasa roti canai madu 3 ni leh la google map ke umah aku yer...kedai tu betul2 depan umah...hehhehe...

Saturday, November 5, 2011

Seminggu sudah di TERENGGANU

Salam sehari sebelum Aidiladha....


dah bekpest belom u oll...ari ni mak aku masak ni...hehehhe duk kat kg manja2 la skit nak mak je masak..

 ekseli aku dah seminggu kat kg...meninggalkan cik soami aku sorng 2 diperbatasan sana berjuang demi menjaga negeri johor dr dilanggar todak...dulu2 todak dah langgar singapura n skrng klu g dekat Danga Bay kat laut tu tgk penuh ikan todak je jd maybe ada kemungkinan kot johor akan dilanggar todak...mak oiiii apa kehalnya aku citer pasal ikn todak ek...n sejak bila laki aku jd askar nih...

ni la aksi2 orng keletihan tido ye...siang ari dyea tak dapat tido lama2 sbb askar2 ramai sgt buat bising kat umah mak aku ni so mlm bila dah tak de orng buat bising tgk la anak dara ni tido camner

 bilik Cik Su dah jd macam bilik orng baru sudah bergaduh pas tu mati kena bunuh...hahhahah ganasnya ayat..tp mmg tak berupa bilik dah kena lenjang ngan hero2 power rangers ni semua
 ni baru separuh dr anak buah yg ada yer..tp yg ni saja dah buat dyea tak lena tido siang..tau je la umh kampung lantai kayu, sekali berlari bunyinya mak oii..
 blk kg kali ni jugak tiba2 pintu ati aku diketuk2 unt beli kain unt buat langsir raya krismas (dah raya kita dah abis kan) almaklum la kat kg ni ada tukang jahit yg aku leh nego2 kaw kaw punya...hahhaha 

bosan tunggu aku pilih kasih kain langsuir langsir..dorng dera sidyea ni..ciannnyaa
 teng!teng!teng! cantik tak langsuir langsir baru aku..huhuhu ni contoh je..kain yg aku beli warna maroon n kuning..(mood tak sabar tunggu langsir aku siap)
 ni plak to mi adiahkan adam benda alh ni..tak tau la nk clasifikasikan ni keter ke beskal..huhuhu adm peksa dpt no 1 so dpt la ni sebijik...proud of you son..
 ini pulak adalah apam dot dot yg tidak di dot dot kan..derhaka pada rupa..tak kuasa aku nak buat kecik2..buang masa aku yg tak pernah cukup masa ni..kihkihkih

puteri sy Nur Dyea Irdina..nakal la muka bila pakai tudung cengini..but i likeeeeeeeeeeeeeee
nampak sgt ent3 aku cam rojak arini kan..hahahha campur semua citer..tp ni je yg aku leh buat unt jimat masa..lg pun tenet slow ni...busang ooooooo....P14G aku tak der line kat sini so kena pinjam beruk orng..heheheh